It's all started from Sumbiling

Therefore the showing of a variety from a humble sumbilingman blog.

sumbilingman.blogspot.com

Berbagai variasi posting dari kampong Sumbiling, Papar.

It has been quite some time now

Bit by bit, a step of a time. A collection of interesting items for you, since 2010.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Menyajikan perkara-perkara menarik untuk anda, sejak 2010.

Internet adalah sumber pengetahuan

Berbagai-bagai ilmu tersedia untuk manafaat manusia sejagat. Teruskan bersama-sama sumbilingman pada bila-bila masa, terima kasih.

Sunday, December 22, 2013

GST zalim, bercanggah dengan konsep keadilan Islam

 GST zalim, bercanggah dengan konsep keadilan Islam

KUALA LUMPUR - Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015 jelas bersifat zalim dan tidak adil menurut konsep Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, GST ternyata bercanggah dengan konsep adil dalam Islam kerana mengenakan cukai kepada semua orang tanpa mengira kaya atau miskin.
"Perlu difahami konsep adil mengikut Islam (adalah) bukan semua orang kena. Konsep adil mengikut Islam (adalah) mereka yang mampu mengikut kemampuan masing-masing.
"GST ini, yang beli gula satu lori, yang beli gula satu kilogram, semua kena bayar cukai. Ini satu konsep yang salah," kata beliau sewaktu berucap di majlis pelancaran Kempen Faham GST, Tolak GST di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.
Beliau juga menegaskan, kerajaan juga wajib menetapkan harga yang tidak membebankan rakyat jika berlaku cukai yang melibatkan kenaikan harga barang keperluan asas yang diguna oleh semua golongan masyarakat.
"Sekiranya berlaku cukai yang menyebabkan kenaikan barangan keperluan orang ramai, maka kerajaan diwajibkan menetapkan harga yang tidak membebankan rakyat yakni barang-barang keperluan mereka.
"Barang-barang keperluan rukun hidup, makanan harian mesti dikawal, pengangkutan ke sana ke mari mesti dikawal, elektrik yang digunakan semua orang mesti dikawal.
"Bukan barang rukun hidup ini diambil peluang untuk dinaikkan cukainya atas nama adil untuk semua. Ini satu konsep yang zalim mengikut Islam," kata beliau di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir.

Anwar, Tuan Guru Abdul Hadi dan Kit Siang pada Majlis Pelancaran Kempen Faham GST, Tolak GST di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi. (Foto: Mohd Nasir Sudin)

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, sistem percukaian dalam sesebuah negara boleh dihapuskan apabila sumber negara sudah cukup untuk menampung kehidupan rakyatnya.
"Percukaian dalam Islam yang dikenakan termasuk kepada orang bukan Islam, sekiranya sumber negara sudah cukup maka beberapa cukai dihapuskan.
"Di sinilah Pakatan Rakyat pernah mencadangkan tol dihapuskan. Ini boleh buat.
"Tol dibayar kerana membayar kos pembinaan lebuh raya. Sudah tentu dalam masa puluhan tahun sudah cukup bayarannya.
"Mengapa dinaikkan lagi? Bukan nak bayar kos lebuh raya tapi nak bayar pada kerajaan yang tidak mampu mengendalikan kewangan," tegasnya.
Justeru tegasnya, Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang khas tergempar Parlimen bagi membincangkan masalah-masalah yang berkait dengan rakyat.
"Malangnya sepatutnya keputusan yang dibuat kerajaan mesti melalui rakyat, melalui wakil-wakil yang dipilih. 51 peratus rakyat memilih Pakatan Rakyat (tetapi) tidak boleh mengalahkan 47 peratus yang menjadi kerajaan.
"Kita melihat demokrasi di negara barat yang sungguh-sungguh mendukung demokrasi. Ahli-ahli prlimen kerajaan boleh bangkang kalau kerajaan buat tidak betul. Apa yang berlaku semua ahli parlimen BN mesti menyokong apa yang dibuat oleh sesiapa sahaja kerajaan dia.
"Atas dasar nak memulihkan demokrasi inilah mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat malam ini meminta Perdana Menteri mengadakan sidang khas parlimen untuk membahaskan masalah-masalah yang berkait dengan rakyat tanpa mengira kerajaan dan pembangkang. Biar ahli-ahli parlimen bebas memberi pandangan mereka. Yang betul kita sokong, yang salah mesti dilawan," katanya.
Turut berucap malam tadi ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad serta wakil-wakil NGO dan aktivis yang menentang pelaksanaan GST.
Semua yang hadir juga sebulat suara untuk menyertai Himpunan Amarah Rakyat di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini bagi menyambut tahun baru 2014 yang disifatkan sebagai tahun kesengsaraan rakyat.

Sumber : Malaysia Chronicle

Tuesday, December 17, 2013

2013 tahun SUKAR pencari kerja


KUALA LUMPUR - Laporan Tinjauan Kerja JobStreet.com baru-baru ini telah menunjukkan bahawa pencari kerja di negara ini terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan pada tahun ini berbanding tahun lalu.
Tinjauan itu dibuat berdasarkan petunjuk daripada pandangan para majikan, pelanggan-pelanggan, pengurus dan pengurus kanan syarikat di negara ini yang dijalankan setiap suku tahun.
Daripada laporan itu, hanya 34 peratus daripada para majikan atau koresponden di negara ini berpuas hati terhadap pertumbuhan prospek kerja pada tahun ini berbanding 40 peratus pada tahun lalu.
Jelas laporan itu, tahap keyakinan untuk pertumbuhan prospek kerja telah jatuh pada tahun ini.
"Walaupun terdapat sentimen pertumbuhan kerja yang lebih rendah pada tahun ini, JobStreet.com mendapati purata peluang pekerjaan adalah sebanyak 20,000 sepanjang tahun ini menerusi laman sesawang,'' kata kenyataan itu.
Tambah JobStreet.com, sentimen pertumbuhan rendah untuk pekerjaan pada tahun ini oleh para majikan disebabkan ketidaktentuan ekonomi global dan pelaksanaan beberapa dasar-dasar kerajaan.
Katanya, salah satu majikan daripada industri pembuatan memberitahu, pihak mereka tidak mahu mengambil pekerja berikutan lanjutan usia persaraan yang diperkenalkan kerajaan daripada 55 kepada 60 tahun.
Seorang lagi majikan menambah, dasar gaji minimum telah meningkatkan kos operasi mereka sehingga mereka tidak mampu menggajikan lebih ramai pekerja.
Tambah JobStreet.com, walaupun tahun ini merupakan tahun mencabar untuk pencari kerja, namun ia merupakan tahun yang baik bagi pencari kerja untuk jawatan pengurusan tertinggi.
Para majikan di negara ini berpendapat, permintaan terhadap pekerja dalam pengurusan tertinggi adalah amat tinggi.

Sumber : Malaysia Chronicle

Wednesday, December 4, 2013

Tarif elektrik: Rakyat Sabah tanggung beban berganda


KUALA LUMPUR - Pemuda PAS Sabah membantah kenaikan tarif elektrik kerana penstrukturan kenaikan 15 peratus iaitu dari 25.50 sen/kwj kepada 29.25sen/kWj tarif elektrik di Sabah dan Labuan baru saja dilakukan pada 15 Julai 2011.
Malah, kata ketuanya,  Lahirul Latigu kenaikan terbaru yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili adalah mendadak iaitu 16.9 peratus berbanding 14.89 peratus di Semenanjung.
“Kenaikan ini sudah pasti akan membebankan. Pengguna akan terpaksa membayar bil yang lebih tinggi bagi setiap penggunaan elektrik,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Dewan Pemuda PAS Sabah memandang serius terhadap pengumuman kenaikan tarif elektrik akibat daripada semakan terhadap subsidi elektrik dan gas oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.
Kenaikan tersebut adalah sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowatt kepada 38.53 sen/kwj di Semenanjung manakala kenaikan 16.9 peratus atau 5 sen KW kepada 34.52 sen/kwj yang akan berkuatkuasa pada 1 Jan 2014.
Pemuda PAS Sabah membantah kenaikan tersebut kerana penstrukturan kenaikan 15 peratus iaitu dari 25.50 sen/kwj kepada 29.25sen/kWj tarif elektrik di Sabah dan Labuan baru saja dilakukan pada 15 Julai 2011.
Malah kenaikan terbaru yang diumumkan oleh menteri terbabit adalah mendadak iaitu 16.9 peratus berbanding 14.89 peratus di Semenanjung.
Kenaikan ini sudah pasti akan membebankan. Pengguna akan terpaksa membayar bil yang lebih tinggi bagi setiap penggunaan elektrik.
Walaupun dimaklumkan 62 peratus tidak berada dalam kategori penyelarasan tersebut, tetapi ada baki 38 peratus atau 158,000 pengguna adalah mereka yang akan terkesan secara langsung. Ditambah kos hidup yang tinggi, terutamanya di bandar-bandar utama kenaikan tarif letrik ini sudah pasti akan tambah menyukarkan kehidupan.
Namun apa yang dibimbangi ialah, kenaikan ini pasti akan menyebabkan tekanan kos pengeluaran terhadap pemain industri. Sebarang kenaikan kos sudah pasti akan mendorong kepada kenaikan harga.
Dan, pada tahap ini seluruh rakyat di Sabah akan menerima kesan daripada kenaikan tersebut. Malah yang amat dibimbangi ialah rakyat Sabah akan menanggung beban berganda akibat dari kenaikan tersebut.
Sepatutnya, kementerian perlu memberi fokus terhadap pembaikan servis terlebih dahulu. Di Sabah, penyedia bekalan elektrik SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd) lebih sinonim dengan panggilan "Sabah Electricity Sure Blackout" kerana masalah gangguan bekalan elektrik masih menjadi masalah utama.
Indeks Sistem Purata Gangguan (SAIDI) masih tinggi pada 557 minit/pengguna pada 2012 walaupun terdapat penurunan berbanding 2867 minit pada tahun 2009. Ini cukup jauh dibandingkan di Semenanjung yang telah mencapai kecekapan tahap bawah 100 minit iaitu 66 minit pada 2009 lagi.
Keadaan ini lebih kritikal apabila 23% kawasan pedalaman di Sabah masih tidak mempunyai liputan bekalan elektrik menurut Laporan Rancangan Malaysia Ke-10.
Kenaikan ini sudah pasti memberi lebih keuntungan kepada Syarikat IPP atau Penyedia Tenaga Bebas. Pergantungan masih tinggi terhadap IPP ini dengan daripada 785MW keseluruhan keupayaan penjanaan SESB, 314MW adalah dijana oleh IPP bermakna kerajaan terpaksa membayar sumber subsidi yang tinggi untuk menampung syarikat-syarikat ini.
Alasan kenaikan gas asli tidak boleh diterima kerana Sabah adalah antara pengeluar petroleum yang utama. Data yang diperolehi pada tahun 2011 mencatatkan hasil petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Sabah adalah sebanyak RM16.24 billion. Kenapa tidak dikembalikan manfaat hasil dari bumi Sabah ini kepada rakyat Sabah walau sedikitpun?
Rakyat di Sabah sudah lama terbeban dengan kos hidup yang tinggi akibat dasar dan polisi berat sebelah UMNO dan Barisan Nasional. Polisi Kabotaj umpamanya telah lama menekan harga barang lebih tinggi berbanding di Semenanjung.
Menerusi polisi inilah rakyat Sabah akan merasai kesan berganda kerana barang-barang terpaksa menghadapi tekanan kos akibat kenaikan tarif elektrik di semenanjung, seterusnya tekanan kos akibat kenaikan tarif di Sabah juga berlaku setelah sampai di sini.
Ditambah pula dengan kenaikan harga minyak dan terbaru cukai GST yang bakal menyusul, nampaknya kehidupan di Sabah akan menjadi bertambah sukar..!  - Harakahdaily

Inilah mungkin 'hadiah' kepada rakyat Sabah setelah memberi undi yang besar mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya ke-13 lepas.

Menteri, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili selaku Ahli Parlimen Sabah dari Kota Marudu sepatutnya berasa malu kerana tidak berupaya menjalankan tugasnya menjaga kepentingan rakyat Sabah.

Pemuda PAS Sabah menasihatkan agar beliau berundur jika tidak mampu lagi mempertahankan hak rakyat yang diwakilinya.

Sumber : Malaysia Chronicle

Tuesday, November 26, 2013

Terdesak jalankan GST, Najib akui-MALAYSIA BAKAL BANKRAP


KUALA LUMPUR - Akhirnya Perdana Menteri Najib Razak telah mengaku. Memang ada kemungkinan bahawa Malaysia akan jatuh bankrap.
Prospek menakutkan ini pertama kalinya didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala pada tahun 2010 dengan memberi amaran bahawa Malaysia berkemungkinan akan jatuh tersungkur seawal 2019, yang mana ironinya akan berlaku setahun lebih awal daripada tarikh 2020 yang dijangkakan oleh kerajaan Umno-BN dimana negara boleh mencapai status 'negara maju'.
Kekecohan yang berlaku sejurus amaran Idris menyebabkan orang ramai mengecam pentadbiran Najib yang dilihat telah melakukan salah urus dari segi pengurusan ekonomi. Ini telah mencetuskan beberapa siri penafian dari pemimpin berprofil tinggi antaranya termasuk Najib sendiri, timbalannya Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad.
Walau bagaimanapun kelmarin, Najib telah mengulangi semula akan kemungkinan Malaysia akan jatuh muflis. Mungkin sekali Najib sudah tidak boleh lari lagi dan cuba mencari jalan untuk memujuk rakyat menerima Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang sememangnya telah menjadi langkah yang tidak popular. Walau bagaimanapun, ramai pakar tidak menolak kemungkinan kebankrapan seperti Greece boleh berlaku kepada Malaysia.
Malah, agensi-agensi penilaian seperti Fitch memberi amaran terhadap hutang negara yang mencatatkan rekod tertinggi dan masih lagi bertambah berserta dengan defisit fiskal. Walaupun pada minggu lalu Moody telah meletakkan Malaysia dari aras 'stabil' kepada 'positif', pengakuan terbaru Najib melonjakkan spekulasi bahawa keputusan Moody mungkin telah didorong oleh perbuatan melobi dan memujuk oleh pegawai-pegawai Kementerian Kewangan.
"Kita perlu mencari sumber pendapatan tambahan dan itulah sebabnya kita perlu melaksanakan GST," Star melaporkan Najib sebagai berkata pada satu seminar mengenai Pemerkasaan Ekonomi Negara pada hari Ahad.
Najib juga memegang portfolio Menteri Kewangan walaupun terdapat ramai yang mendesaknya untuk melepaskan jawatan itu dimana ramai pengkritik menegaskan telah ia telah diabaikan oleh Najib yang juga tidak berkelayakan untuk memegangnya.
Tidak boleh lari lagi? Bankrap seperti Greece
Menurut Najib, Malaysia mempunyai dua pilihan iaitu menaikkan pendapatan melalui cukai GST atau meminjam dari luar.
Dengan mempertahankan GST, Najib menegaskan bahawa ia penting dilaksanakan kerana negara mungkin berhadapan dengan kebangrapan jika ia memilih untuk meminjam.
Dia juga berkata bahawa keputusan kerajaan untuk memperkenalkan GST telah menjadikan Moody bersetuju untuk menilai semula prospek Malaysia, oleh itu, tidak mungkin cukai baru adalah sesuatu yang negatif seperti yang dicanangkan oleh mereka yang membantahnya.
"Ini adalah kerana mereka tahu Malaysia telah mengambil langkah-langkah pengukuhan fiskal yang tidak popular tetapi perlu untuk kebaikan negara ini," kata Najib.
Najib membidas pembangkang kerana komen mereka yang seolah-olah keliru kerana ada antara mereka menyokong GST tetapi pada masa yang sama mencampuradukkan isu ini dengan hujah-hujah yang menyimpang termasuk bil elektrik di kediaman rasminya yang amat tinggi.
Dia menjelaskan bahawa Sri Perdana merupakan hak rakyat dan dia hanyalah mendiami tempat itu buat sementara waktu seperti dua orang PM sebelumnya.
“Ia mempunyai tempat khusus untuk majlis. Jika seorang ketua negara datang, adakah kami akan makan dalam gelap? Jika presiden China datang melawat, adakah kami akan ajak mereka makan dengan diterangi lilin sahaja dan bilang ini lebih romantis?” Kata Najib sambil berseloroh.
‘Tunjukkan contoh yang baik terlebih dahulu sebelum menyuruh rakyat'
Walau bagaimanapun, ahli-ahli politik pembangkang belum yakin dengan hujah-hujahnya. Mereka menegaskan bahawa Najib perlu mengamalkan penjimatan terlebih dahulu, seperti pemotongan ke atas perbelanjaan mewah untuk "dasar yang sering dipersoalkan" serta gaya hidup rasmi mewah yang diamalkan olehnya dimana ramai sudah sedia maklum, sebelum menggesa rakyat untuk membayar cukai lagi.
"Dia menunjukkan kedangkalannya dan licik dalam memberi jawapan bodoh. Kami bertanya mengapa dalam masa yang sukar ini dia tidak cuba untuk mengurangkan kos dan menjimatkan wang. Bil elektriknya lebih daripada RM2 juta dan jika dia boleh mengurangkannya, ia pasti akan membantu," Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
"Tentang GST, apa yang kami tidak faham? Pembangkang sudah jelas berkenaan GST bukan kerana sistem cukai itu sendiri tetapi kerana kita percaya majoriti rakyat masih miskin dan tidak mampu menanggung beban tambahan pada ketika keadaan ekonomi sebegini.
"Najib juga cuba untuk menjustifikasikan GST dengan mengatakan bahawa sebahagian besar daripada penduduk tidak membayar cukai. Ini membawa kita kepada satu persoalan yang bagus untuk dijawabnya kepada rakyat -. Mengapa selepas bertahun-tahun Umno-BN memerintah, majoriti rakyat masih begitu miskin sehingga mereka jatuh di bawah garisan pembayar cukai? Adakah ia berkaitan dengan rasuah besar-besaran dalam pentadbiran Najib dan Umno-BN sehingga rakyat jelata tinggal dalam kemiskinan manakala negara dihimpit hutang yang besar? Kini, Najib mahu rakyat membayar GST pula untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang yang telah diciptanya melalui rasuah dan merompak - adalah ini adil dan wajarkah ini berlaku?
Tidak patriotik jika tidak bayar GST
Tian merujuk kepada komen Najib bahawa dalam 14 juta pekerja di Malaysia, hanya 1.34 juta sahaja yang membayar cukai.
“Itu hanyalah dalam 10% yang membayar dan ada lagi yang sepatutnya membayar tetapi tidak berbuat begitu,” Najib mempertahankan dirinya serta kerajaannya.
Dia kemudian merujuk kepada definisi patriotik iaitu menjalankan tanggungjawab kepada negara termasuk membayar cukai.
Dia juga menambah bahawa jangkaan rakyat terhadap kerajaan semakin tinggi dan lebih banyak perbelanjaan akan diperlukan untuk memenuhi permintaan rakyat.
PM juga mengingatkan bahawa kita tidak boleh hanya bergantung kepada hasil petrolium sahaja yang sememangnya akan menyusut.
Dia juga menambah bahawa kebimbangan bahawa GST akan menyebabkan kenaikan harga barang yang mendadak tidak berasas sama sekali.
Menurut Najib, 160 buah negara lain telah pun mengimplimentasikan GST dan mengikut pengalaman mereka, hanya akan berlaku kenaikan harga yang sedikit pada tahun pertama ia diimplimentasi.
“Tidak mungkin kesemua negara ini telah melakukan kesalahan dalam mengimplimentasikan GST,” tambahnya lagi.

Sumber : Malaysia Chronicle

Wednesday, November 20, 2013

Google Now lengkap

Taipei - Google yakin dengan penambahan beberapa aspek baru dalam aplikasi bantuan peribadi, Google Now mampu memberi lebih banyak manfaat kepada pengguna enjin carian itu.
Pengarah Urusan Produknya Kentaro Tokusei berkata, Google Now yang boleh digunakan semua aplikasi android (bermula android 4.1) dan IOS (bermula daripada IOS6) itu ditambah baik bagi memberikan maklumat tepat kepada pengguna.
Beliau berkata, penambahan beberapa aplikasi baru dalam Google Now seperti mendapatkan jadual waktu penerbangan, pertukaran mata wang dan penterjemahan bahasa dengan hanya diaktifkan menggunakan suara adalah satu aplikasi hebat yang boleh digunakan bila-bila masa.

Katanya, Google melihat kepentingan penambahan aplikasi berkenaan kepada pengguna yang kebanyakannya menghadapi masalah kesibukan untuk mendapatkan maklumat itu melalui laman web.
Foto PETUGAS media mencuba aplikasi Google Now pada telefon mudah alih disediakan pada program sehari bersama Google di Taipei, semalam.
“Sebelum ini, dalam aplikasi Google Now, kita mempunyai beberapa aplikasi seperti keadaan cuaca, trafik, catatan diari, berita terkini dan peringatan hari lahir rakan.
“Google yakin dengan penambahan beberapa aplikasi ini akan membolehkan kami bersaing dengan enjin carian lain,” katanya dalam program sehari bersama Google yang disertai agensi media daripada 10 negara Asia, di sini, semalam.

Menurutnya, banyak penambahbaikan dilakukan dalam aplikasi lain pada masa akan datang agar Google menjadi sumber rujukan utama pengguna dalam aktiviti seharian.

“Kita boleh katakan Google Now kali ini sangat lengkap dan akan memudahkan pengguna di seluruh dunia dalam mengakses maklumat dikehendaki dengan hanya menggunakan telefon mudah alih,” katanya.

Sumber : Malaysia Chronicle

Tuesday, November 19, 2013

ROSMAH guna pesawat kerajaan hangat di parlimen



KUALA LUMPUR - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur boleh menggunakan pesawat kerajaan.
Menurut Shahidan, isteri Perdana Menteri dibenarkan menggunakan pesawat kerajaan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri.
Namun, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali bangkit menegaskan bahawa bukan Jemaah Menteri yang meluluskan sebaliknya ia diluluskan sendiri oleh Perdana Menteri.
"Diluluskan oleh Perdana Menteri, dia adalah pengerusi Jemaah Menteri? Ini adalah konflik kepentingan! Bagaimana Perdana Menteri boleh bagi isteri guna pesawat.
"Mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri untuk bagi kelulusan kepada isteri," bidas Azmin.
Azmin mempersoalkan perkara itu dengan merujuk kepada lawatan Rosmah ke program Usahawan Wanita Antarabangsa Qatar Ke-4 pada 10 November baru-baru ini dengan menggunakan pesawat kerajaan.
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin bangun mencelah dan mempertikaikan jawapan Shahidan yang menyebabkan Perdana Menteri boleh didakwa oleh Mahkamah.
"Adakah YB Menteri sedar dengan jawapan itu, ia boleh didakwa ke Mahkamah," celah Hanipa.
"Lawatan itu adalah lawatan rasmi, bawalah ke Mahkamah mana-mana pun di dunia dan di akhirat," balas Shahidan yang terus mempertahankan bahawa jemaah menteri telah meluluskan penggunaan pesawat kerajaan oleh Rosmah.
Dewan menjadi sedikit gamat apabila ramai ahli parlimen mencelah termasuklah Ahli Parlimen Kinbatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden.
Ekoran itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut meminta Shahidan menjelaskan apakah ada polisi baru bahawa isteri Perdana Menteri boleh mewakili negara khususnya membabitkan hubungan antarabangsa.
"Isteri Perdana Menteri boleh mewakili negara dalam hubungan antarabangsa ianya sesuatu yang janggal," jelas Mahfuz.
Azmin yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan Shahidan terus persoalkan peranan Rosmah, apabila beliau mewakili Perdana Menteri dalam pertemuan dengan Isteri Clinton yang datang ke Malaysia sedangkan ianya boleh diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri.
"Apakah ada undang-undang baru, Rosmah boleh mewakili negara? Hendak tahu pendirian kerajaan pusat apakah Rosmah boleh mewakili negara dalam hubungan diplomatik ini," tegas Azmin.
Asakan demi asakan daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Shahidan seolah-olah tidak mahu isu ini terus dipanjangkan kerana masa suntuk, beliau hanya menjawab "asalkan ada keputusan dalam jemaah menteri ia dibolehkan".

Sumber : Malaysia Chronicle

Tuesday, October 8, 2013

Lebih 60% pekerja Malaysia kurang masa bersama keluarga - Jobstreet

 
  Lebih 60% pekerja Malaysia kurang masa bersama keluarga - Jobstreet

Majoriti rakyat Malaysia yang bekerja kurang masa bersama keluarga kerana kesibukan dan beban tugas yang banyak di pejabat, menurut kajian terkini dikeluarkan oleh JobStreet.com hari ini.
Dalam laporan itu, hampir 63% responden yang terlibat dalam kaji selidik oleh agensi pencarian kerja itu mengakui mereka tidak meluangkan banyak masa di sisi keluarga kerana masa bekerja terlalu panjang.
Hampir 70% menghabiskan masa kira-kira dua hingga lima jam di luar waktu kerja setiap hari.
"Alasan utama responden bekerja masa lebih adalah kerana perlu menyiapkan kerja dengan cepat dan bebanan kerja yang banyak.
"Dengan tekanan kerja yang dihadapi pekerja untuk melengkapkan tugasan, pekerja menghabiskan masa di pejabat sekurang-kurangnya 9 ke 5 jam waktu pejabat," kata JobStreet dalam satu kenyataan hari ini.
Lebih mengejutkan, 75% responden memilih untuk tidak meninggalkan pejabat malah terdapat juga pekerja yang tidak dibayar walaupun bekerja lebih masa.
Kajian tersebut yang melibatkan 954 pekerja dalam pelbagai industri turut mengeluh terpaksa bekerja walaupun sedang bercuti kerana sering mendapat tugasan kecemasan yang perlu disiapkan dengan cepat.
"54% responden berkata mereka ada mengambil cuti tahunan tetapi hampir kesemuanya mendapat pesanan kecemasan daripada bos.
"Hanya 25% berkata mereka tidak mendapat gangguan semasa bercuti manakala 78% tidak menutup telefon bimbit mereka supaya boleh dihubungi sepanjang masa," kata Jobstreet lagi.
Walaupun majikan mengambil inisiatif untuk menggalakan kehidupan bekerja seimbang, rata-rata pekerja mendapati ia tidak membantu kerana bebanan kerja yang perlu ditanggung mereka terlalu banyak serta tidak sempat untuk berehat.
Pengurus JobStreet di Malaysia, Chook Yu Yng menegaskan sesebuah syarikat perlu memastikan wujud keseimbangan antara kerja dan kehidupan bagi mengelakkan pekerja berdepan tekanan sehingga akan mengganggu produktiviti kerja mereka.
"Keseimbangan kehidupan bekerja adalah mengenai pengurusan yang berkesan antara kerja dan aktiviti lain yang penting untuk kita.
"Syarikat perlu meningkatkan strategi keseimbangan kerja dan kehidupan untuk kakitangan mereka kerana ia adalah salah satu cara yang paling mudah dan berkesan untuk memastikan mereka yang terlibat segar semula, dan bermotivasi," kata Chook.
Bagi menangani masalah tersebut, pekerja yang terlibat dalam kajian itu memberi beberapa pandangan antaranya mencadangkan syarikat memberi masa fleksibel di mana pekerja boleh memilih masa bekerja serta memperkenalkan polisi untuk menggalakkan pekerja bekerja kurang daripada 40 jam seminggu daripada waktu kerja ditetapkan antara 9 ke 6 jam setiap hari.
Menurut Kementerian Sumber Manusia, Malaysia memiliki sejumlah 12 juta tenaga kerja di Malaysia setakat ini.

Sumber : Malaysia Chronicle

Banglo RM7.2 juta: Terima kasih Nora Danish



KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini merakamkan uacapan jutaan terima kasih kepada pelakon Nora Danish di atas pengakuan wujudnya sebuah banglo RM7.2 juta yang dibeli oleh Nadem Nazri, anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Menurut Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan, pengakuan Nora Danish semalam sekaligus menguatkan lagi persoalam bagaimana seorang anak menteri boleh memiliki sebuah banglo bernilai RM7.2 juta.

"Bagaimana anaknya dapat membeli banglo ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri?"

"Walaupun Nora mengaku bahawa rumah mewah yang dibeli itu bukan untuk dirinya, namun sekurang-kurangnya kewujudan banglo tersebut sudah cukup menggugurkan keraguan munasabah pendedahan SAMM minggu lalu," katanya.

Dengan pengakuan Nora itu juga katanya, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak menteri itu.

Beliau juga berkata, SAMM bersedia tampil memberi kerjasama kepada pihak berwajib dengan membawa dokumen-dokumen yang berada di tangan.

"Maka SAMM tampil membuat pendedahan di atas maklumat awam. Kepada pak menteri, jawablah dengan tenang, jika anakmu membeli istana, dari mana datang kewangannya," katanya.


Sumber : Malaysia Chronicle

Saturday, September 28, 2013

Uniglobal cadang jual tanah di Sabah dengan harga RM184 juta

oil palm28

KUALA LUMPUR: Uniglobal Sdn Bhd, unit milik penuh Har Len Corp Bhd bercadang menjual dua bidang tanah perladangan di Lahad Datu, Sabah, kepada Boustead Rimba Nilai Sdn Bhd, unit milik penuh Boustead Plantations Bhd, dengan harga RM184.59 juta secara tunai.
Boustead Plantations ialah unit milik penuh Boustead Holdings Bhd.
Har Len Corp dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata penjualan tanah itu yang berukuran kira-kira 2,409.8 hektar, menyediakan ia peluang untuk memanfaatkan nilai estet perladangannya di Lahad Datu.
“Ia akan membolehkan syarikat merealisasikan anggaran keuntungan penjualan kira-kira RM143.26 juta,” kata syarikat itu.
Selain itu, ia berkata cadangan penjualan itu menyediakan peluang bagi syarikat untuk mengumpul dana bagi membayar semula pinjaman dan modal kerja dan perbelanjaan berkaitan dengan cadangan penjualan berjumlah kira-kira RM93.09 juta.
Cadangan penjualan itu juga akan mengukuhkan aliran tunai masa depan dan
paras lembaran imbangan syarikat.

Sumber : Borneo Insider

Buang kembar parasitik

Bandung - Selepas seminggu akhirnya Yani Mulyani berkesempatan melihat sendiri anak yang baru dilahirkannya di Hospital Hasan Sadikin, semalam.
Pertemuan itu berlangsung dengan suasana pilu apabila Yani, 33, tidak berhenti-henti menangis melihat keadaan anaknya, Ginan Septian Nugraha yang mengalami kembar siam parasitik.
Keadaan itu berlaku apabila pasangan kembar Ginan terbentuk dalam ruang mulutnya menyebabkan dia terpaksa dibedah sejurus selepas dilahirkan pada minggu lalu.
Sejak dilahirkan, Yani tidak sempat melihat keadaan Ginan kerana bayi itu segera dikejarkan ke hospital atas nasihat bidan. Di hospital Ginan menjalani pembedahan bagi membuang bayi parasit atau dinamakan doktor sebagai tumor epignathus teratoma kelmarin.
Dalam keadaan berkenaan Yani ternyata pasrah dengan ketentuan Tuhan menerima keadaan Ginan yang mengalami kecacatan pada bahagian bawah rahangnya selepas menjalani pembedahan itu. Menurut doktor rahang Ginan tidak dapat ditutup kerana sebelum ini terpaksa menahan berat saudara kembarnya selama dalam kandungan. Sambil terus menatap anaknya, Yani tidak berhenti-henti menangis melihat pergerakan anaknya yang baru berusia seminggu berkenaan. - Agensi
Foto YANI menyentuh Ginan yang masih dirawat di hospital.

Sumber : Malaysia Chronicle

Senang-senang kerajaan mahukan RM14 BILION LAGI


BERCAKAP di San Francisco pada 24 September  lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd  Najib Razak mahu rasuah menjadi sebahagian daripada sejarah silam Malaysia dan bukannya amalan masa depan.
Tidak ada salahnya idea seperti itu.  Sebaliknya ia adalah satu idea baik, bernas dan pasti menyelamatkan banyak wang awam dari disambar para buaya lapar yang semakin banyak berkeliaran dalam komuniti kontrak pembinaan, perkhidmatan dan perolehan membabitkan wang awam.
Begitupun, sejarah menunjukkan idea seperti itu cukup bersifat retorik, jarang diimplementasikan sepenuhnya (dibaca sekadar batuk ditangga) dan sudah menjadi modal piawaian Perdana Menteri Malaysia sejak beberapa dekad lagi
Hal seperti ini menimbulkan  tanggapan umum betapa selagi amalan rasuah berterusan maka selagi itulah ia boleh dipergunakan oleh pemimpin kerajaan Umno-BN peringkat tertinggi untuk mempamerkan betapa serius dan ikhlasnya kerajaan mahu memerangi rasuah.
Rasuah wujud dalam bentuk ketara dan tidak ketara.  Rasuah berbentuk ketara adalah ketara – bagi sekian banyak dapat itu dan ini.  Rasuah (juga bermaksud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa) jenis tidak ketara barangkali lebih signifikan jumlahnya berbanding dengan rasuah ketara.
Apabila rakyat sendiri dirasuah dengan pelbagai pemberian one-off (sekali gus);  dijanjikan pelbagai projek bidan terjun menjelang pilihan raya umum dan pilihan raya kecil dan janji tersebut ditunaikan sebagai habuan memilih parti kerajaan; kontrak mega dan bukan-mega kerajaan dianugerahkan kepada pihak tertentu secara rundingan terus tanpa apa juga bentuk ketelusan; maka  amalan seperti ini ‘memakan’ dana awam baik dari sumber Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan ataupun Negeri, menjadikan peruntukan bajet dan memaksakan kedudukan kewangan kerajaan mendaftar angka ‘merah’.
Hutang kerajaan Persekutuan meningkat kepada 53.3 peratus dari KDNK pada akhir tahun fiskal 2012, bertokok dari 51.6 peratus pada akhir 2011 atau 39.8 peratus pada akhir 2008 tatkala Abdullah Badawi masih menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
Defisit am bajet kerajaan Persekutuan pula, sebagaimana yang dikira oleh agensi perkadaran Fitch meluas kepada 4.7 peratus dari KDNK untuk 2012 berbanding 3.8 peratus pada 2011.
Pada 24 September, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan telah membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan bagi jumlah RM14.12 bilion.
Rang Undang-Undang ini sekiranya diluluskan bakal menyaksikan Jabatan Perbendaharaan mendapat peruntukan terbanyak iaitu  RM11.854 bilion untuk Perkhidmatan Am Perbendaharaan dan RM606.9 juta untuk kegunaan Jabatan itu sendiri.
Sukar untuk dipastikan sama ada peruntukan tambahan sebegini besar adalah berpunca dari kesilapan menyediakan bajet atau timbul dari pemberian berbentuk janji pemimpin politik kerajaan yang tidak termasuk dalam bajet 2013 ketika dibentangkan pada November 2012.
Sekiranya ia merupakan kesilapan menyediakan bajet, maka ralat 5.6 peratus dari angka asal bajet, RM251.6 bilion sudah tentu merupakan satu ralat besar dan mencerminkan ketidakefisien pihak yang menyediakan bajet tersebut.
Namun apapun punca berlakunya ralat tersebut (sekiranya ia benar-benar merupakan kesilapan), rakyat sudah tentu ingin mengetahui apakah perbelanjaan-perbelanjaan yang dilonggokkan ke dalam butiran Perkhidmatan Am Perbendaharaan sehingga angkanya mencecah lebih daripada RM11 bilion?  Jika perbelanjaan tersebut merupakan perbelanjaan luar jangka mengapa tidak sahaja peruntukan luar jangka digunakan bagi menampungnya?
Lebih pelik lagi mengapakah Perbendaharan sendiri memerlukan pertambahan sebanyak itu sedangkan perkhidmatan penting lain bakal menerima jumlah lebih kecil sekiranya Rang Undang-Undang tersebut diluluskan – Kementerian Pendidikan, RM322.8 juta; Kementerian Kesihatan, RM300 juta, Kementerian Pertahanan RM239 juta, dan Kementerian Dalam Negeri RM205.1 juta.

Sumber : Malaysia Chronicle

Thursday, September 26, 2013

Harga petrol RON95 akan NAIK LAGI?


KUALA LUMPUR - Baru sahaja dinaikkan sebanyak 20 sen awal September lalu, spekulasi harga petrol RON95 bakal dinaikkan lagi dalam masa terdekat mula tersebar.
Dikatakan pengumuman berkaitan kenaikan harga baru itu akan dibuat oleh kerajaan dalam masa dua minggu ini.
Menurut cakap-cakap di media sosial, sorang menteri di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) ketika satu jamuan makan malam di sebuah hotel beberapa hari lalu, telah mengesahkan akan ada pengumuman penting oleh kerajaan dalam masa terdekat.
Jika spekulasi ini benar, bermakna rakyat negara ini bakal bertambah lgi bebenan mereka khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Sejak RON95 dinaikkan pada 3 september lalu, rata-rata rakyat merungut bukan sahaja terbeban kerana terpaksa membeli minyak lebih mahal, malah kesan berantai yang menyebabkan harga barangan keperluan juga naik.
Biarpun kerajaan memberi jaminan kenaikan tersebut tidak membebankan dan tidak akan berlaku kenaikan harga barang keperluan, namun realitinya berbeza dengan apa yang terpaksa dihadapi rakyat bawahan.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan orang ramai boleh menjangka kenaikan petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.
Laporan yang memetik kenyataan Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman itu berkata, langkah kenaikan ini juga sebagai usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran.


Sumber : Malaysia Chronicle

Sunday, September 22, 2013

Editor dilarang tulis negatif tentang Umno



SUBANG JAYA - Beberapa saksi yang tampil pada prosiding Tribunal Rakyat hari ini turut memberi keterangan berkisar sikap media khususnya media arus perdana pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Antaranya, Pegawai Eksekutif Pusat Wartawan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah membentangkan kajian berhubung beberapa isu yang terpaksa dihadapi wartawan dan editor semasa pilihan raya.

Katanya, kebanyakan wartawan yang bekerja di media arus perdana tidak diberi kebebasan untuk menulis rencana negatif berhubung Umno BN.

Selain beliau, seorang lagi saksi, Profesor Zaharom Nain pula mendakwa, liputan berita oleh media arus perdana pada PRU13 lalu bersifat bias kepada BN berbanding portal online yamg lebih seimbang.

Sementara itu, ahli akademik dari Universiti Malaya Profesor Edmund Terence Gomez pula mendakwa tempoh 10 minit yang diberikan kerajaan kepada parti politik untuk membentangkan manifesto di televisyen sebagai sesuatu tindakan tidak adil.

Beliau yang bercakap melalui satu rakaman video berkata, adalah sesuatu yang mustahil bagi parti politik bertanding untuk meyakinkan orang ramai tentang tawaran manifesto pilihan raya mereka dalam tempoh singkat.

“Tidak adil cadangan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang hanya membenarkan tempoh 10 minit kepada parti politik untuk membentangkan manifesto mereka.

“Mesej yang ingin disampaikan sudah pasti tidak dapat difahami dan dihayati rakyat dalam tempoh singkat itu,” katanya seperti dilapor Selangorku.

Selain itu, katanya, pengedaran risalah berkaitan sesebuah parti politik juga tidak wajar dilakukan semasa berkempen kerana ia akan menindas pihak lawan yang lebih lemah.


Sumber : Malaysia Chronicle

Beli apartmen mewah London dengan duit Felda


Beli apartmen mewah London dengan duit Felda

LEBIH kerap dari tidak, kematian dalam Umno tidak membawa makna kepada sesetengah orang.  Ambil  sahaja Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Setelah dikenakan tindakan disiplin kerana ‘politik wang’, istilah suam kuku Umno bagi amalan merasuah perwakilan di perhimpunan agung bagi memilih jawatankuasa tertinggi parti, Isa kembali mencuri perhatian media.
Selanjutnya, apa juga kesalahan dalam Umno tidak kira sebesar mana sekalipun, tidak akan memadamkan peluang seseorang untuk kembali hidup dan mencapai kedudukan dalam parti dan seterusnya dalam kerajaan.
Justeru kenyataan klasik bekas Presidennya, ‘Melayu mudah lupa’ cukup relevan untuk ahli serta pemimpin Umno.  Hal seperti ini mengingatkan kita kepada kenyataan seorang penulis politik veteran ketika menyindir orang Umno dalam buku-buku tulisan beliau betapa orang Melayu (dibaca orang Umno) mempunyai ingatan singkat atau ‘short memory’.
Tahun 2009 membuktikan hal ini apabila Isa yang dikenakan tindakan penggantungan keahlian selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008)  dipanggil untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Walaupun pencalonan beliau mendapat kritikan dari sesetengah pemimpin Umno sendiri,  Najib mempunyai sebab tersendiri yang hanya diketahui oleh dirinya dalam memilih Isa sebagai calon walaupun tindakan penggantungan bagi seseorang yang telah menjadi Menteri Besar selama 22 tahun (April 1982 hingga Mac 2004) mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan sekaligus tidak lagi layak untuk diletakkan kepercayaan untuk menjawat sesuatu jawatan awam.
Kemenangan Isa di Bagan Pinang menyuntikkan nyawa baru dalam hayat politik beliau.  Walaupun Najib berhati-hati tidak meletakkan Isa kembali ke kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan, namun  Perdana Menteri memeranjatkan semua apabila melantik Isa selaku Pengerusi Felda.
Maka setelah dihidupkan semula dari kematian politik apabila terpilih dan muncul sebagai seorang Adun, perlantikannya selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan,  satu-satunya skim pra-Merdeka (Felda ditubuhkan pada 1956) bagi menangani penempatan semula penduduk miskin luar bandar ke kawasan-kawasan baru dibangunkan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan tumpuan khas diberikan untuk tanaman kontan.
Begitulah sejarahnya.  Namun,  sementara umum tidak begitu pasti apakah ekonomi di peringkat rakyat yang bernaung di bawah Felda telah meningkat berkali ganda, atau sebaliknya beranjak secara marginal,  namun apa yang pasti, badan yang diamanahkan untuk menghapuskan kemiskinan mereka kini sudah menjadi pemain besar dalam dunia korporat.
Benar sebelum ini Felda membuat pelaburan di sana sini dalam bidang bersabit aktiviti terasnya.  Tapi sejak Isa mengambil alih tampuk kuasa pengurusan tertingginya, Felda seolah-olah muncul sebagai sebuah lagi penyerang korporat Malaysia dengan mimpi besar.
Tidak lama dulu, dengan dilatarbelakangi pelbagai bantahan dan dari pelbagai pihak, Isa meneruskan keputusannya mengapungkan saham Felda menerusi penubuhan Felda Global Ventures Holdings.
Kini, Isa meneruskan pencapaian mimpi beliau sebagai ‘corporate raider’ apabila beberapa hari lalu Felda memeterai pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London.  Menurut laporan sebuah akhbar bisnes tempatan, bangunan plaza mengandungi 198 unit apartment itu dibeli oleh Felda pada harga STG98 juta (RM499.8 juta).
Banyak pemerhati menganggap pembelian hartanah di ibu negara United Kingdom ini adalah sebahagian daripada aktiviti membeli belah yang dilakukan oleh Felda di bawah Isa.  Bulan lalu Felda menguasai saham Idris Corp Bhd pada kos RM110 juta.  Dan sebelum itu, Felda juga telah membeli Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu.
Kurang pasti bagaimana pelaburan ala-korporat ini akan memberikan pulangan setimpal ke atas modal Felda yang telah dikeluarkan dan bagaimana pula ia akhirnya dapat memenuhi aspirasi asal badan tersebut bagi menaikkan taraf ekonomi golongan miskin yang disasarkan menerusi skim ini.
Namun lebih kepada perwatakan seorang ahli politik berbanding penyerang korporat tulen, sudah tentu Isa mempunyai jawapan kepada setiap soalan yang bakal dikemukakan.


Sumber : Malaysia Chronicle

Pakej ekonomi Najib pinggir luar bandar, Sabah & Sarawak – Institut Rakyat

Pakej ekonomi Najib pinggir luar bandar, Sabah & Sarawak – Institut Rakyat

Institut Rakyat memandang serius agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak pada 14 September 2013 memandangkan kegusaran serius bahawa PEB ini, jika dilaksanakan akan terus meminggirkan golongan Bumiputera termasuk masyarakat Melayu sendiri yang miskin di seluruh negara terutamanya di luar bandar di samping risiko menimbulkan ketegangan etnik dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Justeru, dalam analisa sepintas lalu Institut Rakyat, tiga persoalan berikut wajar dikemukakan mengenai agenda tersebut:
Adakah PEB akan mengurangkan jurang ekonomi di antara dan di kalangan kaum?
Adakah PEB akan mengeratkan hubungan antara etnik?
Apakah halatuju PEB dari segi kesaksamaan sosial dan perpaduan nasional?
Institut Rakyat berpendapat bahawa pengumuman ini jelas merupakan antara langkah-langkah persediaan PM Najib sebelum Perhimpunan Agung Umno yang dijangka akan berlangsung sebelum berakhirnya tahun 2013. Inisiatif seumpama PEB ini seolah-olah memberi isyarat kepada PERKASA yang selama ini begitu lantang sejak pentadbiran Najib agar memberi sokongan padu kepada kepimpinan PM Najib. Malah, inisiatif ini boleh dilihat sebagai jaminan kepada pertubuhan bersayap kanan itu yang pernah membantah cubaan PM Najib melakukan perubahan melalui New Economic Model (NEM) atau Model Ekonomi Baharu bahawasanya agenda perjuangan PERKASA sebenarnya adalah.satu-satunya matlamat pembangunan ekonomi nasional.
PM Najib juga telah mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang bakal dipengerusikan oleh beliau sendiri, Timbalan Perdana Menteri dan beberapa menteri lain. Institut Rakyat tidak menolak kemungkinana bahawa langkah seumpama ini akan digunakan oleh PM Najib untuk mengawal pelbagai kumpulan dalam Umno untuk menstruktur semula kuasa politik ke atas ekonomi Malaysia seperti mana yang pernah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir dahulu.
Untuk mempertahankan jawatan Presiden Umno, Najib perlu berusaha lebih gigih kerana kegagalan memenuhi kebanyakan KPI pilihanraya umum ketigabelas (PRU13): hilang lebih banyak kerusi kepada Pakatan Rakyat, gagal menawan semula Selangor malah Pakatan Rakyat (PR) menang besar dengan menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri, dan kehilangan undi popular Barisan Nasional (BN) buat kali pertama.
Formula BN berlandaskan kepelbagaian kaum lenyap selepas PRU13. BN kini lebih jelas sebagai satu gabungan politik yang didominasi oleh Umno dan beberapa parti tertentu dari Sabah dan Sarawak. Justeru, kemungkinan kepimpinan BN/Umno akan lebih terdorong untuk menjadi sebuah kerajaan bagi Bumiputera sahaja dan bukan kerajaan bagi seluruh rakyat Malaysia adalah suatu risiko yang tidak boleh dipandang enteng.
Walaupun Najib sepatutnya menjadi Perdana Menteri bagi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latarbelakang etnik, agama dan kecenderungan politik, sebaliknya dengan agenda PEB ini PM Najib sebenarnya jauh keterbelakang berbanding dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
DEB
DEB adalah suatu program sosio-ekonomi dengan serampang dua mata yang diperkenalkan pada 1971, dirangka untuk mewujudkan perpaduan nasional iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum supaya jurang kekayaan dan pendapatan antara kaum dapat dirapatkan serta penyusunan semula masyarakat untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi atau sektor ekonomi.
Tujuan utama DEB adalah untuk menstrukturkan semula masyarakat dengan mengubah sistem ekonomi warisan penjajah British di mana peranan dan sektor ekonomi telah diasingkan mengikut kumpulan etnik agar penjajah boleh terus menikmati hak istimewa ke atas ekonomi menerusi strategi "divide and rule".
Walaubagaimanapun, dasar tindakan affirmatif ini hanya berkesan jika dilaksanakan dalam satu jangkamasa tertentu dan wajar ditamatkan jika didapati secara empirikal telah mencapai kebanyakan daripada objektif asal untuk mengelakkan penyalahgunaan dan kebergantungan berlebihan terhadap hak atau kedudukan istimewa yang secara semulajadi bersifat sementara yang berkemungkinan mengwujudkan bibit-bibit ketegangan hubungan etnik.
Namun, menurut kajian UNDP yang bakal menerbitkan Laporan Pembangunan Manusia di Malaysia, Bumiputera-bukan-Melayu yang merupakan minoriti dalam kumpulan besar Bumiputera telah ketinggalan dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan kualiti hidup berbanding dengan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakkan daripada mereka bertumpu di Sabah, Sarawak dan kampung Orang Asli di Semenanjung Malaysia malah masyarakat Melayu yang miskin.
Fokus peringkat kedua DEB yang dijenamakan semula sebagai Dasar Pembangunan Nasional pada tahun 1991 adalah untuk mengwujudkan komuniti dagang dan industri Bumiputera dengan mengagihkan pemilikan entiti awam kepada sektor swasta. Jawapan Dr Mahathir pada ketika itu untuk menangani ketidaksaksamaan ekonomi adalah dengan mengwujudkan seramai mungkin jutawan Melayu supaya sama ramai dengan jutawan Cina. Pendekatan ini melahirkan lapisan usahawan elit Melayu yang mempunyai pertalian yang terlalu rapat dengan ahli politik dan akhirnya mengakibatkan jurang intra-etnik meningkat secara mendadak dan pembangunan luar bandar terus gagal mendapat perhatian yang sewajarnya.
Ketidaksaksamaan Nasional Meningkat
Malaysia hari ini merupakan antara negara di Asia Tenggara yang paling tidak saksama masyarakatnya. Ukuran Pekali Gini (Gini coefficient) digunakan untuk mengukur ketidaksaksamaan pendapatan di mana 1 merupakan ketidaksaksamaan penuh, manakala 0 merupakan kesaksamaan penuh. Menurut Laporan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012, pekali Gini Malaysia secara keseluruhan adalah 0.431; ketidaksaksamaan di kalangan sesuatu kumpulan etnik hampir sama bagi setiap etnik: Bumiputera (0.421), Cina (0.422), and India (0.443). Malah, apa yang lebih menyedihkan adalah apabila 40% isi rumah terbawah hanya mempunyai pendapatan bulanan purata sebanyak RM1,847 pada tahun 2012.
Fokus agenda PEB terhadap golongan Bumiputera semata-mata bukan sahaja menafikan realiti bahawa ketidaksaksamaan ekonomi adalah satu fenomena yang melangkaui batasan etnik, malah gagal mengenalpasti masalah berbeza yang dihadapi oleh Bumiputera di bandar dan luar bandar, serta kepelbagaian cabaran yang dialami oleh Bumiputera kelas menengah dan miskin. Institut Rakyat mengambil pendirian bahawa jika fokus utama adalah untuk membasmi kemiskinan dan merapatkan pelbagai jurang sosio-ekonomi, maka dasar tindakan afirmatif wajar disasarkan berdasarkan kelas ekonomi.
Tidak keterlaluan jika agenda PEB yang diumumkan oleh PM Najib boleh disifatkan sebagai pendekatan patron-klien “Saya tolong kamu, kamu tolong saya” yang bertitiktolak daripada kepentingan dan matlamat yang ingin dicapai dalam Perhimpunan Agung Umno. Ini adalah kerana Agenda PEB hanya akan dapat memanfaatkan golongan Bumiputera warga bandar serta kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana yang telah pun mempunyai pendidikan asas, kewangan dan keupayaan infrastruktur untuk menyertai program ini dan bukannya Bumiputera di kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang masih hidup dalam serba kekurangan tanpa jalan, sekolah, hospital, peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, bekalan air dan elektrik. Ironinya, kemenangan BN dalam PRU13 banyak bergantung kepada golongan yang serba kekurangan ini kerana tanpa sokongan mereka BN tidak mungkin mampu memberntuk Kerajaan Pusat.
Mengelakkan ketidakpuasan hati antara etnik
Institut Rakyat berpendapat dasar ekonomi yang berasaskan etnik akan hanya memecahbelahkan masyarakat kerana ia akan mengundang rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang tercicir, sedangkan setiap rakyat Malaysia mempunyai keupayaan untuk menyumbang kepada pembangunan nasional dan seterusnya layak menikmati kemakmuran ekonomi bersama.
Maka, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan pengagihan kekayaan dan kemakmuran ekonomi yang saksama dengan sasaran berasaskan keperluan atau "needs-based policy" bukannya etnik.
Hakikatnya, BN/Umno gagal menggunakan pendekatan ini sepenuhnya kerana mereka terlalu terikat dengan komitmen kepada politik perkauman Umno. Namun, ini sepatutnya tidak menghalang mereka daripada memperkenalkan pendekatan berdasarkan kedudukan ekonomi atau keperluan dalam sesuatu dasar afirmatif.
Di Manakah Agenda Malaysia?
Hari Malaysia seharusnya memperlihatkan komitmen Najib utuk mengwujudkan perpaduan nasional dengan mengatasi jurang ekonomi di kalangan rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Ketidakpuasan hati timbul di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak akibat kegagalan kerajaan melaksanakan Perjanjian 18/20 yang termeterai 50 tahun yang lalu. Malah, agenda PEB juga mengetepikan isu hak tanah yang dihadapi oleh Orang Asli di Semenanjung seperti mana yang dikemukakan oleh Laporan Suhakam berhubung Inkuiri Nasional ke atas Hak Tanah Orang Asli/Asal Malaysia baru-baru ini.
Sebaliknya, tumpuan BN/Umno menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Melayu mengenai jaminan hak istimewa, kedudukan dan agama. Walau bagaimanapun, keputusan PRU13 telah memperlihatkan bahawa cubaan ini tidak berjaya sepenuhya kerana sokongan masyarakat Melayu terhadap BN terpecah dua dalam peratusan yang tidak jauh berbeza bagi PR.
Maka, pilihan yang kita ada sekarang bukan di antara dasar afirmatif etnik atau sistem meritokrasi, tetapi di antara dasar afirmatif etnik yang memecahbelahkan masyarakat dengan dasar afirmatif berasaskan keperluan yang bertitiktolak daripada kelas ekonomi.

Sumber : Malaysia Chronicle

Thursday, September 19, 2013

Kajian: Rakyat mahu Najib LETAK JAWATAN?

Kajian: Rakyat mahu Najib LETAK JAWATAN?

KUALA LUMPUR - Pembentangan hasil kajian 'Politik Malaysia Pasca PRU13', oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) hari ini menarik perhatian para wartawan terhadap satu slide yang tidak disertakan peratus keputusannya.
Slide yang hanya diletakkan tanda soal itu adalah keputusan survey yang diperolehi terhadap soalan "Adakah Datuk Seri Najib perlu melepaskan jawatan kerana gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13?"
Ketika diasak wartawan untuk mendedahkan angka peratusan tersebut, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, sukar baginya untuk mendedahkannya kerana ianya boleh menyebabkan hidup beliau bermasalah.
"Cuma saya mahu kata, result ini tidak mengembirakan dan boleh meletakkan saya dalam masalah kalau saya dedahkan," katanya.
Memberi penjelasan lanjut berhubung slide yang penuh persoalan itu, beliau berkata, harapan rakyat termasuk ahli Umno cukup tinggi terhadap Najib untuk mendapatkan kembali 2/3 penguasaan BN di parlimen selepas jatuh teruk pada 2008.
Rakyat juga katanya yakin bahawa Najib boleh "deliver" dengan baik.
"Sudah ada precedent zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu ya, beliau meletak jawatan (perdana menteri) kerana gagal dapat 2/3 majoriti.
"So you boleh jangka apa rakyat mahu," katanya sambil menunjuk kepada slide tersebut.
Sementara itu, hasil yang dibentang UMcedel hari ini adalah kajian yang dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu iaitu kira-kira tiga bulan selepas PRU13 berlalu.
Kajian yang dibuat secara bersemuka itu melibatkan 1546 responden selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di seluruh Semenanjung Malaysia.
Turut serta mendengar pembentangan UMcedel tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah.
Anwar kekal
Dalam pada itu, soalan serupa turut ditanya membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Soalan berbunyi "Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melepaskan jawatan kerana PR gagal menerajui Putrajaya?, itu bagaimanapun disertakan dengan keputusan.
Dalam keputusan kajian itu, 55 peratus menyatakan tidak bersetuju, 28 peratus bersetuju dan 18 peratus lagi tidak pasti.
Daripada 55 peratus yang tidak bersetuju itu, 72 peratus adalah dari kaum Cina manakala 52 peratus dari kaum Melayu.
Selain itu, kajian juga menunjukkan 69 peratus responden mahukan kerajaan BN mewujudkan kesepakatan nasional dengan Pakatan Rakyat.
"Mungkin masyarakat sudah agak penat dengan perbalahan politik sebelum PRU13.
"Ini pandangan rakyat, namun caranya sudah tentu orang politik lebih tahu," kata Prof Redzuan.
Sumber : Malaysia Chronicle

Sunday, September 15, 2013

Perdana Menteriku jadi jurujual Utusan pulakdah...

Perdana Menteriku jadi jurujual Utusan pulakdah...

Alahai Najib.. kalau belajar jadi jurujual sekalipun, belajarlah menjual benda lain.. ini tidak dipromosinya media cetak yang dah berkali-kali disahkan oleh Mahkamah sebagai penyebar fitnah..
Baca apa Najib kata ni dulu..
..... Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia adalah lambang kejayaan bangsa Melayu di negara ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyifatkan sejak 70 tahun penubuhan akhbar berkenaan ia bertujuan untuk memperjuangkan komuniti Melayu.

"Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," kata Najib dalam ucapan perasmian bangunan baru akhbar berkenaan di Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Najib, Utusan ditubuhkan atas semangat kebangsaan yang tinggi dan sejarah membuktikan ia lahir atas jerih perih masyarakat Melayu.

"Peranan Utusan Malaysia diakui membuka minda rakyat kepada maklumat mutakhir ... memang benar jika dilihat sejarah, Utusan adalah milik Melayu yg begitu berjasa kepada negara," kata Najib, dan juga Pengerusi Umno.

Umno adalah pemegang saham majoriti Utusan Malaysia selepas diambil alih pada tahun 1961 walaupun mendapatkan bantahan termasuk mogok pekerja akhbar itu.

Najib dalam ucapan perasmiannya turut menggesa agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan mereka.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC,dan syarikat Bumiputera mereka menghargai Utusan dengan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa.

Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.

Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu.

Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut ~ The Malaysian Insider
Sepetutnya Najib kata Utusan adalah lidah kera mat UMNO.. bukannya lidah keramat Melayu.. sebabnya fitnah adalah ditegah terhadap oreng Melayu yang berugama Islam..
Lagipun orang Melayu tak mungkin berbangga dengan pencapaian Utusan yang dah berkali-kali kena bayar saman sebab fitnah pemimpin Pakatan.. macai-macai UMNO mungkin berbangga..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/

Sumber : Malaysia Chronicle

Friday, September 6, 2013

Boon Siew Honda jangka jualan meningkat



 Boon Siew Honda jangka jualan meningkat
BATU KAWAN - Boon Siew Honda Sdn Bhd menjangka kenaikan harga bahan api baru-baru ini akan meningkatkan jualan motosikalnya dan membantu mencapai sasaran 240,000 unit dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satoshi Okada, berkata apabila harga bahan api meningkat pada 2008, jualan motosikalnya meningkat sebanyak kira-kira 20 hingga 30 peratus.
"Sukar untuk menganggar berapa banyak ia akan naik, tetapi kami yakin dapat mencapai sasaran kami bagi tempoh 12 bulan akan datang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan model baharu Honda Wave Dash R and S siries, di sini, hari ini.
Okada berkata syarikat itu menjangka model Wave Dash yang baru dilancarkan itu bakal menyumbang kira-kira 15 peratus kepada jumlah jualan motosikal syarikat dalam tempoh tersebut.
"Saya menjangka permintaan bagi motosikal kekal stabil di tengah-tengah keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan kami menyasar jualan kira-kira 40,000 unit Wave Dash bagi tempoh 12 bulan akan datang," katanya.
Beliau berkata motosikal EX5 kekal sebagai model paling laris yang menyumbang lebih separuh daripada jumlah jualan tahunan syarikat.
Okada berkata Wave Dash R and S diilhamkan daripada warisan Honda Racing dalam sukan permotoran dan disasarkan kepada pelanggan yang mahukan motosikal yang menonjol.
"Motosikal itu yang menampilkan ciri-ciri aerodinamik sporty, bergaya dan berprestasi tinggi, dijangka menjadi ikutan dalam segmen cub sederhana pasaran tempatan," katanya.
Beliau berkata motosikal itu dikuasakan oleh enjin 110cc empat lejang.
Wave Dash R and S tampil dengan warna merah garang, hitam mutiara, oren bercahaya dan metalik perak.
Model Wave Dash S berharga RM5,029, Wave Dash R RM5,289 dan Wave Dash Repsol RM5,419.
Kedua-dua siri itu mempunyai jaminan pembuatan dua tahun atau 20,000 km.
- Bernama

Sumber : Malaysia Chronicle