KUALA LUMPUR -
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada
April 2015 jelas bersifat zalim dan tidak adil menurut konsep Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, GST
ternyata bercanggah dengan konsep adil dalam Islam kerana mengenakan
cukai kepada semua orang tanpa mengira kaya atau miskin.
"Perlu difahami konsep adil mengikut Islam (adalah) bukan semua
orang kena. Konsep adil mengikut Islam (adalah) mereka yang mampu
mengikut kemampuan masing-masing.
"GST ini, yang beli gula satu lori, yang beli gula satu kilogram,
semua kena bayar cukai. Ini satu konsep yang salah," kata beliau
sewaktu berucap di majlis pelancaran Kempen Faham GST, Tolak GST di
Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.
Beliau juga menegaskan, kerajaan juga wajib menetapkan harga yang
tidak membebankan rakyat jika berlaku cukai yang melibatkan kenaikan
harga barang keperluan asas yang diguna oleh semua golongan masyarakat.
"Sekiranya berlaku cukai yang menyebabkan kenaikan barangan
keperluan orang ramai, maka kerajaan diwajibkan menetapkan harga yang
tidak membebankan rakyat yakni barang-barang keperluan mereka.
"Barang-barang keperluan rukun hidup, makanan harian mesti dikawal,
pengangkutan ke sana ke mari mesti dikawal, elektrik yang digunakan
semua orang mesti dikawal.
"Bukan barang rukun hidup ini diambil peluang untuk dinaikkan
cukainya atas nama adil untuk semua. Ini satu konsep yang zalim
mengikut Islam," kata beliau di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir.
Anwar, Tuan Guru Abdul Hadi dan Kit Siang pada Majlis Pelancaran
Kempen Faham GST, Tolak GST di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru,
malam tadi. (Foto: Mohd Nasir Sudin)
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, sistem percukaian dalam
sesebuah negara boleh dihapuskan apabila sumber negara sudah cukup
untuk menampung kehidupan rakyatnya.
"Percukaian dalam Islam yang dikenakan termasuk kepada orang bukan
Islam, sekiranya sumber negara sudah cukup maka beberapa cukai
dihapuskan.
"Di sinilah Pakatan Rakyat pernah mencadangkan tol dihapuskan. Ini boleh buat.
"Tol dibayar kerana membayar kos pembinaan lebuh raya. Sudah tentu dalam masa puluhan tahun sudah cukup bayarannya.
"Mengapa dinaikkan lagi? Bukan nak bayar kos lebuh raya tapi nak
bayar pada kerajaan yang tidak mampu mengendalikan kewangan," tegasnya.
Justeru tegasnya, Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak mengadakan sidang khas tergempar Parlimen bagi
membincangkan masalah-masalah yang berkait dengan rakyat.
"Malangnya sepatutnya keputusan yang dibuat kerajaan mesti melalui
rakyat, melalui wakil-wakil yang dipilih. 51 peratus rakyat memilih
Pakatan Rakyat (tetapi) tidak boleh mengalahkan 47 peratus yang menjadi
kerajaan.
"Kita melihat demokrasi di negara barat yang sungguh-sungguh
mendukung demokrasi. Ahli-ahli prlimen kerajaan boleh bangkang kalau
kerajaan buat tidak betul. Apa yang berlaku semua ahli parlimen BN
mesti menyokong apa yang dibuat oleh sesiapa sahaja kerajaan dia.
"Atas dasar nak memulihkan demokrasi inilah mesyuarat Majlis
Pimpinan Pakatan Rakyat malam ini meminta Perdana Menteri mengadakan
sidang khas parlimen untuk membahaskan masalah-masalah yang berkait
dengan rakyat tanpa mengira kerajaan dan pembangkang. Biar ahli-ahli
parlimen bebas memberi pandangan mereka. Yang betul kita sokong, yang
salah mesti dilawan," katanya.
Turut berucap malam tadi ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin
Ali, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad serta wakil-wakil
NGO dan aktivis yang menentang pelaksanaan GST.
Semua yang hadir juga sebulat suara untuk menyertai Himpunan Amarah
Rakyat di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini bagi menyambut tahun
baru 2014 yang disifatkan sebagai tahun kesengsaraan rakyat.
Sumber : Malaysia Chronicle
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
8 months ago
0 comments:
Post a Comment