Berlin: Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.
Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.
Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital
Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak
dikesan.
Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz bayi membesar lebih daripada biasa.
Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih berada di unit rawatan neonatal.
Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di
Jerman memecahkan rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di
Berlin pada 2011 dengan berat 5.8 kilogram.
Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan berat 6.8kg pada Mac lalu.
George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar di Britain.
Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang besar.
“Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.
“Secara
jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia
keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat,” katanya.
Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita Kanada Anna Bates pada 1879.
Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal 11 jam kemudian.
- Agensi
PETUGAS hospital memeriksa Jasleen yang mempunyai berat 6.1 kilogram.
0 comments:
Post a Comment