Alahai Najib.. kalau belajar jadi jurujual sekalipun, belajarlah
menjual benda lain.. ini tidak dipromosinya media cetak yang dah
berkali-kali disahkan oleh Mahkamah sebagai penyebar fitnah..
Baca apa Najib kata ni dulu..
..... Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia adalah lambang kejayaan
bangsa Melayu di negara ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib menyifatkan sejak 70 tahun penubuhan akhbar berkenaan ia bertujuan untuk memperjuangkan komuniti Melayu.
"Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej
Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," kata Najib dalam ucapan
perasmian bangunan baru akhbar berkenaan di Kuala Lumpur hari ini.
Jelas Najib, Utusan ditubuhkan atas semangat kebangsaan yang
tinggi dan sejarah membuktikan ia lahir atas jerih perih masyarakat
Melayu.
"Peranan Utusan Malaysia diakui membuka minda rakyat kepada
maklumat mutakhir ... memang benar jika dilihat sejarah, Utusan adalah
milik Melayu yg begitu berjasa kepada negara," kata Najib, dan juga
Pengerusi Umno.
Umno adalah pemegang saham majoriti Utusan Malaysia selepas
diambil alih pada tahun 1961 walaupun mendapatkan bantahan termasuk
mogok pekerja akhbar itu.
Najib dalam ucapan perasmiannya turut menggesa agar syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk
membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan
mereka.
"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC,dan syarikat Bumiputera
mereka menghargai Utusan dengan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini
sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.
Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin,
peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan
Malaysia sebagai negara bangsa.
Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka
hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus
selepas Pilihan Raya Umum 2013.
Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.
Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu.
Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar
nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan
Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut ~ The
Malaysian Insider
Sepetutnya Najib kata Utusan adalah lidah kera mat UMNO.. bukannya
lidah keramat Melayu.. sebabnya fitnah adalah ditegah terhadap oreng
Melayu yang berugama Islam..
Lagipun orang Melayu tak mungkin berbangga dengan pencapaian Utusan
yang dah berkali-kali kena bayar saman sebab fitnah pemimpin Pakatan..
macai-macai UMNO mungkin berbangga..
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/
Sunday, September 15, 2013
Perdana Menteriku jadi jurujual Utusan pulakdah...
9:47 PM
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment