Thursday, May 9, 2013

Pelakon-pelakon drama adaptasi novel 'Teduhan Kasih'






Seorang pengarah yang bagus perlu tahu serba serbi termasuklah cara menguruskan bayi sekiranya ingin menggunakan khidmat kanak-kanak itu dalam sesebuah karya mereka. Pengarah drama Jamal Khan berkata, kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun memberi cabaran paling besar ketika penggambaran dijalankan. "Walaupun bayi itu anak orang lain, tetapi kita perlu menjadikannya seperti anak sendiri di mana pengarah perlu tahu ragam bayi tak kira masa. "Jadi... pengarah perlu bijak menguruskan bayi agar tidak melewatkan masa penggambaran. "Sebagai contoh, kita perlu tahu masa dia nak minum susu, keadaan dia rimas dan yang penting, jangan biarkan anak itu di tengah panas, kalau tak mulalah ragamnya. Cara dukung pun kena betul," katanya. Jamal ditemui pada pelancaran drama arahannya iaitu Teduhan Kasih di Sri Pentas TV3 di sini, Rabu.






Tambahnya cara penjagaan bayi itu turut diaplikasikannya dalam drama tersebut di mana watak bayi digunakan hampir keseluruhan babak. "Sepanjang penggambaran drama ini dijalankan, saya lebih banyak fokus terhadap watak seseorang bayi itu. "Ada kalanya saya perlu hentikan penggambaran apabila bayi itu menangis," ujarnya. Drama Teduhan Kasih mengisahkan Iffa, lakonan Sherry Ibrahim dan Ryzal (Shah Iskandar) membuat keputusan untuk berkahwin walaupun tidak direstui ibu Ryzal, Puan Suraya.Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh. Kehadiran orang ketiga yang juga teman baik Iffa iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal membuatkan Iffa sakit hati.






Lebih-lebih lagi apabila Ryzal dan Ayu berkahwin ketika Iffa sedang dalam proses melahirkan anak. Bagaimanapun hati Iffa ditenangkan kembali oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Ehsan, yang membantu membiayai kos rawatan bersalin. Drama yang diadaptasi daripada novel tulisan Marissa ini turut dibarisi pelakon Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Liza Abdullah dan Julia Ziegler. Ia bakal disiarkan bermula 15 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3. -Mstar











P/S - Untuk review novel Teduhan kasih











.



Sumbiling Man disalin daripada Sumbiling Man RSS Feed Syndication

0 comments:

Post a Comment