KUALA LUMPUR -
Pembentangan hasil kajian 'Politik Malaysia Pasca PRU13', oleh Pusat
Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) hari ini
menarik perhatian para wartawan terhadap satu slide yang tidak
disertakan peratus keputusannya.
Slide yang hanya diletakkan tanda soal itu adalah keputusan survey
yang diperolehi terhadap soalan "Adakah Datuk Seri Najib perlu
melepaskan jawatan kerana gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13?"
Ketika diasak wartawan untuk mendedahkan angka peratusan tersebut,
Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, sukar
baginya untuk mendedahkannya kerana ianya boleh menyebabkan hidup
beliau bermasalah.
"Cuma saya mahu kata, result ini tidak mengembirakan dan boleh meletakkan saya dalam masalah kalau saya dedahkan," katanya.
Memberi penjelasan lanjut berhubung slide yang penuh persoalan itu,
beliau berkata, harapan rakyat termasuk ahli Umno cukup tinggi terhadap
Najib untuk mendapatkan kembali 2/3 penguasaan BN di parlimen selepas
jatuh teruk pada 2008.
Rakyat juga katanya yakin bahawa Najib boleh "deliver" dengan baik.
"Sudah ada precedent zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu
ya, beliau meletak jawatan (perdana menteri) kerana gagal dapat 2/3
majoriti.
"So you boleh jangka apa rakyat mahu," katanya sambil menunjuk kepada slide tersebut.
Sementara itu, hasil yang dibentang UMcedel hari ini adalah kajian
yang dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu iaitu kira-kira
tiga bulan selepas PRU13 berlalu.
Kajian yang dibuat secara bersemuka itu melibatkan 1546 responden
selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di
seluruh Semenanjung Malaysia.
Turut serta mendengar pembentangan UMcedel tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah.
Anwar kekal
Dalam pada itu, soalan serupa turut ditanya membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Soalan berbunyi "Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melepaskan
jawatan kerana PR gagal menerajui Putrajaya?, itu bagaimanapun
disertakan dengan keputusan.
Dalam keputusan kajian itu, 55 peratus menyatakan tidak bersetuju, 28 peratus bersetuju dan 18 peratus lagi tidak pasti.
Daripada 55 peratus yang tidak bersetuju itu, 72 peratus adalah dari kaum Cina manakala 52 peratus dari kaum Melayu.
Selain itu, kajian juga menunjukkan 69 peratus responden mahukan
kerajaan BN mewujudkan kesepakatan nasional dengan Pakatan Rakyat.
"Mungkin masyarakat sudah agak penat dengan perbalahan politik sebelum PRU13.
"Ini pandangan rakyat, namun caranya sudah tentu orang politik lebih tahu," kata Prof Redzuan.
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
8 months ago
0 comments:
Post a Comment