It's all started from Sumbiling

Therefore the showing of a variety from a humble sumbilingman blog.

sumbilingman.blogspot.com

Berbagai variasi posting dari kampong Sumbiling, Papar.

It has been quite some time now

Bit by bit, a step of a time. A collection of interesting items for you, since 2010.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Menyajikan perkara-perkara menarik untuk anda, sejak 2010.

Internet adalah sumber pengetahuan

Berbagai-bagai ilmu tersedia untuk manafaat manusia sejagat. Teruskan bersama-sama sumbilingman pada bila-bila masa, terima kasih.

Monday, January 14, 2013

OH, MY BODYGUARD

~ENTRI MELEKAT~






Novel menarik ini mengisahkan kisah pengkhianatan, persabahatan, kekeluargaan dan cinta. Agak menarik membaca novel setebal 515 muka surat, yang ditulis oleh Hanny Syazwany ini. Kisah mengenai seorang gadis yang bersahabat baik dengan Nisya, Ain Qistina, lahir dalam sebuah keluarga yang kaya dan memiliki seorang bodyguard yang sangat bertanggungjawab dan dingin. Bodyguard ini, Ivan Lee, sorang pemuda cina sentiasa bersamanya, dengan alasan itu adalah tanggungjawabnya.



Malang bagi Ain Qistina bila satu-persatu kejadian aneh menimpanya. Daripada kehilangan teman lelaki yang sangat disayanginya, Dain Hakimi, sehinggalah misteri kematian ayahnya, Tuan Ghazi. Kehilangan tempat bergantung membuatkan Ain Qistina semakin rapat dengan bodyguard itu yang tetap setia menjaganya walaupun Tuan Ghazi sudah tiada. Tanpa mereka sedari, telah wujud perasaan cinta diantara mereka berdua.




Apakah kau tahu?

Sejak kali pertama bertemu denganmu.

Ku tahu akan dirimu.

Ayuh kita susuri jalan itu bersama-sama.

Hari yang indah.

Telah muncul di hadapan kita.




Novel ini terselit mengenai perjalanan ke Jepun dan penulis menulis tempat-tempat disana dengan begitu teliti. Adakah, akan ada jodoh Ain Qistina bersama bodyguardnya yang setia ini? Apakah cerita sebenar diatas kejadian-kejadian aneh yang berlaku kepada Ain Qistina? Dan siapakah Ivan Lee yang sebenar? Ikuti kisah menarik ini dalam novel dari buku prima yang berharga RM19.90/RM22.90.











P/S - Recommended by Lulu Caldina













.







sumbilingman.blogspot.com disalin daripada Sumbiling Man RSS Feed Syndication

Bot terdampar sejak 2005, kembali terkenal hanya kerana filem terkenal Life Of Pi




Penduduk kampung Scotland terkejut setelah mengetahui bahawa 'sesuatu yg berada diperairan mereka' iaitu kapal karam dipaparkan pada poster untuk sebuah filem terkenal, 'Life Of Pi.' Poster Life Of Pi menampilkan imej disunting iaitu Sovereign, sebuah bot nelayan yang telah terdampar di pantai Aberdeenshire berhampiran Fraserburgh sejak terkandas pada waktu malam ribut pada tahun 2005. Sejak itu, penduduk tempatan telah berjuang untuk mengalihkan bot itu kerana mereka merasakan ianya 'hodoh' jika kekal disitu dan merosakkan pandangan juga menimbulkan risiko kepada perenang dalam musim panas - tetapi kini anggapan mereka itu salah, dan berkemungkinan besar bot yang terdampar itu akan mencetuskan ramai pelancong yang bakal mengunjungi tempat itu.



David Gammack, Invercairn setiausaha Majlis Komuniti dan pemastautin Cairnbulg berkata: 'Ia benar-benar boleh menarik pelancongan bagi mereka yang melancong melalui rantau ini. Walau bagaimanapun, walaupun potensi pelancongan untuk kapal karam ini, majlis masih berminat untuk mengalihkan bot rosak itu. -DM













.



sumbilingman.blogspot.com disalin daripada Sumbiling Man RSS Feed Syndication

Remaja Dipenggal Kepala Kerana Tolak Pinangan


Gila!!Remaja Dipenggal Kepala Kerana Tolak Pinangan - Afghanistan : Gara-gara pinangannya ditolak, seorang lelaki bertindak kejam dengan memenggal kepala seorang gadis berusia 15 tahun dalam satu kejadian menyayat hati di utara Afghanistan.



Mangsa dikenali sebagai Gisa, telah diserang oleh lelaki berkenaan yang juga sepupunya ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengambil air di telaga.



Suspek, Sadeq dan saudaranya Massoud telah ditangkap susulan pembunuhan berkenaan.

Kedua-duanya merupakan saudara terdekat kepada Gisa, dan mereka juga menetap di perkampungan yang sama.



Menurut polis, bapa mangsa menolak pinangan berkenaan memandangkan anak gadisnya itu masih muda, justeru dia tidak mahu gadis itu berkahwin awal.



Biarpun undang-undang keganasan terhadap wanita digubal pada 2009, namun perkahwinan paksa melibatkan remaja bawah umur dan wanita masih berlaku.



alah undang-undang yang menghalang perbuatan seumpama itu masih sukar untuk dilaksanakan.

Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula menjangkakan pelaksanaan undang-undang itu akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.



Sehingga Mac tahun lalu, pertubuhan hak asasi manusia merekodkan sebanyak 2,000 kes dilaporkan melibatkan keganasan terhadap wanita di Afghanistan.



Keadaan dijangka bertambah buruk apabila tentera asing berundur dari negara berkenaan menjelang 2014. – MyNewsHub







sumbilingman.blogspot.com disalin daripada Sumbiling Man RSS Feed Syndication

Remaja lalui 4 jam detik cemas bersama tahanan lolos di Bukit Mertajam









13 Januari 2013







BUKIT MERTAJAM - Seorang remaja yang dijadikan tebusan oleh salah seorang tahanan yang lolos dalam kejadian Isnin lepas melalui detik cemas selama empat jam ketika 'bersama' dengan lelaki itu semalam.







Mohd Khairul Anas Fazli, 20, berkata beliau dipaksa oleh tahanan itu, Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, untuk membawanya ke beberapa lokasi di sekitar Sungai Bakap dan Bukit Mertajam untuk menemui anggota keluarga dan kenalan lelaki itu.







Menceritakan kejadian itu, katanya dia berada di rumah rakannya di Bukit Indera Muda sekitar 8.30 malam Sabtu sebelum didatangi lelaki berkenaan yang menendang pintu rumah.











"Dia kenal kawan saya, sebab itu dia datang sana (Bukit Indera Muda). Dia datang dalam keadaan agresif dengan bertindak menendang pintu dan sebaik ia dibuka dia masuk bilik air sebelum meminta salah seorang daripada kami hantarkannya ke rumah kakaknya di Sungai Bakap. Bila kami tak mahu, dia ugut nak ambil motosikal saya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.







Mohd Khairul berkata Mohd Khairulnizam bertindak menunggang motosikalnya dan membawanya ke Sungai Bakap melalui jalan Bukit Teh di Bukit Mertajam, tetapi dia tidak dapat ingat laluan selepas itu berikutan dikelilingi ladang kelapa sawit.







"Tiba di Sungai Bakap, kakak dia (Mohd Khairulnizam) tiada di rumah. Selepas itu dia bawa saya ke rumah rakannya juga di Sungai Bakap, tetapi rakannya itu juga tak ada. Kemudian dia berpatah balik ke Bukit Teh, melalui Machang Bubok, seterusnya ke rumah rakannya di Bandar Perda dan Bukit Mertajam. Namun mereka juga tiada di rumah.







"Sepanjang perjalanan, macam-macam perkara yang bermain di fikiran. Saya tak berani jerit minta tolong sebab takut dia buat sesuatu yang mungkin mengancam nyawa saya. Tetapi, sebaik tiba di Bukit Mertajam, saya mendapat akal dan minta untuk menunggang motosikal lalu bawanya ke Berapit dan beritahu dia di sana selamat jika hendak bersembunyi," katanya.







Mohd Khairul berkata dia memberanikan diri untuk berbuat demikian selepas melihat lelaki itu seperti terdesak untuk menyembunyikan diri kerana enam hari menjadi buruan polis.







"Saya sengaja buat helah dengan minta dia (Mohd Khairulnizam) main Internet dahulu di kafe Internet (Berapit) sebab nak ambil adik balik kerja dan berjanji untuk datang semula mengambilnya di sana selepas itu. Dia kata tak ada duit dan saya beri dia RM5.







"Sebaik berjaya melepaskan diri, saya terus memecut motosikal ke balai polis (Kubang Semang) dan maklumkan kepada polis dia ada di sana," katanya.







Sementara itu, Muhamad Shafiq Abdul Rahman, 18, berkata salah seorang tahanan iaitu Mohd Farid Akhtar, 24, datang ke kedai bapanya di Kampung Petani, di sini meminta makanan dan minuman sebelum ditahan polis di situ.







Katanya lelaki itu dilihat berjalan kaki seorang diri kira-kira 8.30 malam dalam keadaan tidak bermaya serta tidak memakai kasut sebelum beberapa pelanggan yang ada di situ memanggilnya ke kedai.







"Mereka tidak sangka dia merupakan tahanan yang dicari polis berikutan keadaan fizikalnya berbeza di dalam gambar yang diedarkan.







"Kami hanya tahu dia tahanan selepas dia sendiri minta pelanggan di situ hantarnya ke balai polis berdekatan. Kami telefon polis dan mereka datang 15 minit kemudian. Sebelum itu, mereka (pelanggan) beri dia makan nasi lemak dan minta saya bancuhkan teh 'o' ais kepadanya," katanya.







Muhamad Shafiq berkata lelaki terbabit turut memberitahu rakan tahanannya itu sudah membuat perancangan untuk melarikan diri sejak enam bulan lepas dan merancang akan terus ke negara jiran jika berjaya.







Semalam, polis menahan Mohd Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang pada 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada 10 malam, sementara Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan dalam sebuah kafe Internet di Berapit, Bukit Mertajam di sini pada 1.15 pagi.







Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.







Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.







Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. - Bernama











Tahanan lolos: Polis ada petunjuk kedudukan 2 lagi diburu







13 Januari 2013







tahanan lolos



Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi menunjukkan dua banduan yang masih bebas selepas menahan tiga banduan awal pagi tadi. - Foto Bernama



TASEK GELUGOR - Polis Pulau Pinang yakin dapat menahan dua lagi tahanan yang masih bebas dalam tempoh terdekat berikutan maklumat menunjukkan mereka dipercayai bersembunyi di sekitar Permatang Pauh.







Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua tahanan itu, Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, masih berada di sekitar kawasan operasi kerana tidak boleh keluar daripada kepungan polis.







Selain itu mereka juga dalam keadaan lemah dan tidak mempunyai kenderaan, katanya.







"Ops Kesan Gelugor masuk hari ketujuh hari ini dan saya yakin kita akan dapat menahan dua tahanan itu dalam tempoh terdekat kerana polis memperoleh maklumat tentang pergerakan mereka.







"Beberapa penduduk kampung juga melihat kelibat mereka di Padang Cempedak malam tadi, bagaimanapun bila polis pergi ke tempat yang dimaksudkan dua tahanan terbabit telah melarikan diri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.







Beliau turut meminta kerjasama anggota keluarga dua tahanan itu agar menghubungi pihak polis jika mereka dihubungi atau didatangi dua lelaki terbabit.







"Dua tahanan ini berasal dari Pokok Tambang iaitu dalam kawasan operasi kita dan saya minta kerjasama anggota keluarga mereka agar memaklumkan segera kepada polis jika dihubungi. Saya tahu mereka memang berhubung dengan keluarga," katanya.







Katanya operasi memburu dua tahanan itu turut disertai Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) serta rondaan lebih kerap di sekitar ladang dan hutan dalam kawasan berkenaan.







"Sehingga hari ini operasi itu telah mencapai kejayaan 80 peratus dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat setempat dan orang ramai yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya tiga tahanan semalam," katanya.







Sementara itu, beliau berkata Polis Pulau Pinang akan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) membawa tahanan dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kejadian tahanan lolos tidak berulang.







"SOP telah sedia ada dan anggota yang membawa sembilan tahanan pada hari kejadian tidak mengikutnya dan berlaku kecuaian kerana tidak membuat pemeriksaan secara terperinci terhadap tahanan.







"Selain itu mereka (anggota polis terbabit) juga tidak menggunakan kenderaan yang sepatutnya dan selepas ini kita akan pastikan SOP itu dilakukan dengan lebih ketat dan dilaksanakan mengikut peraturan," katanya.







Semalam, polis menahan Mohamad Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang pada 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada 10 malam, sementara Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan dalam sebuah kafe Internet di Berapit, Bukit Mertajam di sini awal pagi ini.







Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.







Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.







Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.- Bernama







































Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7





sumbilingman.blogspot.com disalin daripada Sumbiling Man RSS Feed Syndication