KUALA LUMPUR - Akhirnya Perdana Menteri Najib Razak telah mengaku. Memang ada kemungkinan bahawa Malaysia akan jatuh bankrap.
Prospek menakutkan ini pertama kalinya didedahkan oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala pada tahun 2010 dengan memberi
amaran bahawa Malaysia berkemungkinan akan jatuh tersungkur seawal 2019,
yang mana ironinya akan berlaku setahun lebih awal daripada tarikh 2020
yang dijangkakan oleh kerajaan Umno-BN dimana negara boleh mencapai
status 'negara maju'.
Kekecohan yang berlaku sejurus amaran Idris menyebabkan orang ramai
mengecam pentadbiran Najib yang dilihat telah melakukan salah urus dari
segi pengurusan ekonomi. Ini telah mencetuskan beberapa siri penafian
dari pemimpin berprofil tinggi antaranya termasuk Najib sendiri,
timbalannya Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad.
Walau bagaimanapun kelmarin, Najib telah mengulangi semula akan
kemungkinan Malaysia akan jatuh muflis. Mungkin sekali Najib sudah tidak
boleh lari lagi dan cuba mencari jalan untuk memujuk rakyat menerima
Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang sememangnya telah menjadi langkah
yang tidak popular. Walau bagaimanapun, ramai pakar tidak menolak
kemungkinan kebankrapan seperti Greece boleh berlaku kepada Malaysia.
Malah, agensi-agensi penilaian seperti Fitch memberi amaran terhadap
hutang negara yang mencatatkan rekod tertinggi dan masih lagi bertambah
berserta dengan defisit fiskal. Walaupun pada minggu lalu Moody telah
meletakkan Malaysia dari aras 'stabil' kepada 'positif', pengakuan
terbaru Najib melonjakkan spekulasi bahawa keputusan Moody mungkin telah
didorong oleh perbuatan melobi dan memujuk oleh pegawai-pegawai
Kementerian Kewangan.
"Kita perlu mencari sumber pendapatan tambahan dan itulah sebabnya
kita perlu melaksanakan GST," Star melaporkan Najib sebagai berkata pada
satu seminar mengenai Pemerkasaan Ekonomi Negara pada hari Ahad.
Najib juga memegang portfolio Menteri Kewangan walaupun terdapat
ramai yang mendesaknya untuk melepaskan jawatan itu dimana ramai
pengkritik menegaskan telah ia telah diabaikan oleh Najib yang juga
tidak berkelayakan untuk memegangnya.
Tidak boleh lari lagi? Bankrap seperti Greece
Menurut Najib, Malaysia mempunyai dua pilihan iaitu menaikkan pendapatan melalui cukai GST atau meminjam dari luar.
Dengan mempertahankan GST, Najib menegaskan bahawa ia penting
dilaksanakan kerana negara mungkin berhadapan dengan kebangrapan jika ia
memilih untuk meminjam.
Dia juga berkata bahawa keputusan kerajaan untuk memperkenalkan GST
telah menjadikan Moody bersetuju untuk menilai semula prospek Malaysia,
oleh itu, tidak mungkin cukai baru adalah sesuatu yang negatif seperti
yang dicanangkan oleh mereka yang membantahnya.
"Ini adalah kerana mereka tahu Malaysia telah mengambil
langkah-langkah pengukuhan fiskal yang tidak popular tetapi perlu untuk
kebaikan negara ini," kata Najib.
Najib membidas pembangkang kerana komen mereka yang seolah-olah
keliru kerana ada antara mereka menyokong GST tetapi pada masa yang sama
mencampuradukkan isu ini dengan hujah-hujah yang menyimpang termasuk
bil elektrik di kediaman rasminya yang amat tinggi.
Dia menjelaskan bahawa Sri Perdana merupakan hak rakyat dan dia
hanyalah mendiami tempat itu buat sementara waktu seperti dua orang PM
sebelumnya.
“Ia mempunyai tempat khusus untuk majlis. Jika seorang ketua negara
datang, adakah kami akan makan dalam gelap? Jika presiden China datang
melawat, adakah kami akan ajak mereka makan dengan diterangi lilin
sahaja dan bilang ini lebih romantis?” Kata Najib sambil berseloroh.
‘Tunjukkan contoh yang baik terlebih dahulu sebelum menyuruh rakyat'
Walau
bagaimanapun, ahli-ahli politik pembangkang belum yakin dengan
hujah-hujahnya. Mereka menegaskan bahawa Najib perlu mengamalkan
penjimatan terlebih dahulu, seperti pemotongan ke atas perbelanjaan
mewah untuk "dasar yang sering dipersoalkan" serta gaya hidup rasmi
mewah yang diamalkan olehnya dimana ramai sudah sedia maklum, sebelum
menggesa rakyat untuk membayar cukai lagi.
"Dia menunjukkan kedangkalannya dan licik dalam memberi jawapan
bodoh. Kami bertanya mengapa dalam masa yang sukar ini dia tidak cuba
untuk mengurangkan kos dan menjimatkan wang. Bil elektriknya lebih
daripada RM2 juta dan jika dia boleh mengurangkannya, ia pasti akan
membantu," Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
"Tentang GST, apa yang kami tidak faham? Pembangkang sudah jelas
berkenaan GST bukan kerana sistem cukai itu sendiri tetapi kerana kita
percaya majoriti rakyat masih miskin dan tidak mampu menanggung beban
tambahan pada ketika keadaan ekonomi sebegini.
"Najib juga cuba untuk menjustifikasikan GST dengan mengatakan bahawa
sebahagian besar daripada penduduk tidak membayar cukai. Ini membawa
kita kepada satu persoalan yang bagus untuk dijawabnya kepada rakyat -.
Mengapa selepas bertahun-tahun Umno-BN memerintah, majoriti rakyat masih
begitu miskin sehingga mereka jatuh di bawah garisan pembayar cukai?
Adakah ia berkaitan dengan rasuah besar-besaran dalam pentadbiran Najib
dan Umno-BN sehingga rakyat jelata tinggal dalam kemiskinan manakala
negara dihimpit hutang yang besar? Kini, Najib mahu rakyat membayar GST
pula untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang yang telah diciptanya
melalui rasuah dan merompak - adalah ini adil dan wajarkah ini berlaku?
Tidak patriotik jika tidak bayar GST
Tian merujuk kepada komen Najib bahawa dalam 14 juta pekerja di Malaysia, hanya 1.34 juta sahaja yang membayar cukai.
“Itu hanyalah dalam 10% yang membayar dan ada lagi yang sepatutnya
membayar tetapi tidak berbuat begitu,” Najib mempertahankan dirinya
serta kerajaannya.
Dia kemudian merujuk kepada definisi patriotik iaitu menjalankan tanggungjawab kepada negara termasuk membayar cukai.
Dia
juga menambah bahawa jangkaan rakyat terhadap kerajaan semakin tinggi
dan lebih banyak perbelanjaan akan diperlukan untuk memenuhi permintaan
rakyat.
PM juga mengingatkan bahawa kita tidak boleh hanya bergantung kepada hasil petrolium sahaja yang sememangnya akan menyusut.
Dia juga menambah bahawa kebimbangan bahawa GST akan menyebabkan kenaikan harga barang yang mendadak tidak berasas sama sekali.
Menurut Najib, 160 buah negara lain telah pun mengimplimentasikan GST
dan mengikut pengalaman mereka, hanya akan berlaku kenaikan harga yang
sedikit pada tahun pertama ia diimplimentasi.
“Tidak mungkin kesemua negara ini telah melakukan kesalahan dalam mengimplimentasikan GST,” tambahnya lagi.
Sumber : Malaysia Chronicle
Tuesday, November 26, 2013
Terdesak jalankan GST, Najib akui-MALAYSIA BAKAL BANKRAP
5:03 PM
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment