New York: Dahaga
mungkin bukan lagi masalah kepada sesiapa dengan penciptaan sejenis
penyedut minuman mudah alih yang membolehkan seseorang minum daripada
sumber apa saja, termasuk dari mangkuk tandas.
Dikenali sebagai LifeStraw alat sepanjang 22 sentimeter itu kini
boleh dibeli secara dalam talian melalui Firefox asalnya direka
pengilang Denmark pada 2005 dan menjadi penyelesaian kepada masalah air
minuman yang tidak selamat di dunia ketiga.
Pada tahun itu, ia dinamakan sebagai Penciptaan Terbaik 2005 oleh
majalah Time dan Penciptaan Terbaik Abad ini oleh Gizmag. Pada 2006, ia
diiktiraf oleh New York Times sebagai “pembersih air yang dapat
menyelamatkan nyawa”. Majalah Forbes menggelarnya sebagai “satu daripada
10 benda yang akan mengubah cara kehidupan kita.”
Kuasa paip pembersihan penyedut berkenaan mampu menyingkirkan
sebanyak 99.9999 peratus bakteria dalam air, selain parasit lain
termasuk e-coli, kampilobakter, jangkitan kolera, pseudomonas
aeruginosa, shigella dan salmonella yang menyebabkan demam kepialu.
ALAT penapis air berbentuk penyedut minuman LifeStraw dapat menyingkirkan 99.9999 peratus bakteria dan parasit dalam air.
Ia juga boleh digunakan untuk menapis sehingga 1,000 liter air.
- Agensi
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment