It's all started from Sumbiling

Therefore the showing of a variety from a humble sumbilingman blog.

sumbilingman.blogspot.com

Berbagai variasi posting dari kampong Sumbiling, Papar.

It has been quite some time now

Bit by bit, a step of a time. A collection of interesting items for you, since 2010.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Menyajikan perkara-perkara menarik untuk anda, sejak 2010.

Internet adalah sumber pengetahuan

Berbagai-bagai ilmu tersedia untuk manafaat manusia sejagat. Teruskan bersama-sama sumbilingman pada bila-bila masa, terima kasih.

Monday, April 8, 2013

Sibuti Pesat Membangun Bersama BN - Abang Jo






Sibuti berjaya membangun bersama BN. Ini terbukti dengan adanya prasarana yang indah disamping menjaga alam sekitar agar tidak musnah bersama kemajuan yang terancang. Semoga warga Sibuti bijak memilih kerajaan mereka menjelang PRU13!







Jangan mudah tertipu dengan pihak pembangkang yang pandai memutar-belitkan fakta lebih-lebih lagi mereka semakin terdesak kerana ternyata mereka sendiri belum lagi sepakat? Perebutan kerusi, manifesto lepas pun belum lagi ditunaikan dan kini mereka cuba lagi menabur janji...







Apakah pihak pembangkang ini cuma hanya berjanji?







Sibuti bakal membangun lebih pesat: Abg Johari







by Connie Sylvia Mesa. Posted on April 8, 2013, Monday














JASA DIKENANG: Juma’ani menyampaikan replika cek bernilai RM1,000 kepada Effandy sambil disaksikan Ripin (kiri), Abang Johari, Ahmad Lai di Miri malam kelmarin.







MIRI: Penduduk kawasan Sibuti bakal menyaksikan pembangunan lebih pesat jika mereka terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN).



Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, BN telah mempunyai dasar yang jelas dengan memberi suasana pembangunan yang baik kepada rakyat.







“Sejajar dengan sasaran kita yang mahukan Sarawak menjadi sebuah negeri yang maju menjelang 2030, Sibuti turut menerima tempias perubahan pembangunan seperti landskap yang nyata dan tersusun.







“Di samping itu, ekonomi serta taraf kehidupan penduduk turut meningkat dan berubah ke arah lebih baik.







“Kita berjanji bahawa penduduk di Sibuti akan terus menikmati pembangunan yang berterusan sekiranya memilih BN bagi mencapai matlamat tersebut,” katanya pada Majlis Makan Malam sempena Regata Sibuti 2013 di Eastwood Valley Golf & Country Club (EVGCC) di sini malam kelmarin.







Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan berkata, penduduk kawasan Sibuti amat bertuah kerana dapat hidup dalam suasana yang tenteram dan bekerjasama di kalangan pelbagai kaum dengan adanya pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang teratur dan berwibawa.







Mengenai Regata Sibuti 2013, beliau yang juga timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yakin melalui acara tersebut bukan sahaja mampu meningkatkan ekonomi penduduk di sini bahkan dapat menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar untuk datang ke Sibuti.







“Saya yakin jawatankuasa pengelola dengan kerjasama masyarakat setempat boleh mengelolakan program ini (Regata Sibuti) dengan lebih baik.







“Regata Sibuti bukan hanya dilihat sebagai acara sukan air biasa, tetapi dengan usaha yang ada kita boleh mempromosikan sukan tersebut di sini agar mampu menjadi sebuah acara yang terkenal di peringkat antarabangsa,” katanya.







Sementara itu, Abang Johari turut mengumumkan peruntukan bernilai RM100,000 bagi mengelolakan program Regata Sibuti 2013 pada September nanti.







Pada majlis yang sama, Pengerusi Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) yang juga isteri Abang Johari, Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang menyampaikan sumbangan masing-masing bernilai RM1,000 kepada dua anggota pasukan keselamatan.







Kedua-dua anggota iaitu Lans Koperal Effandy Rosle dan Lans Koperal Mohd Zariman Ibrahim mengalami kecederaan semasa bertugas dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.







Hadir sama Penaung Jawatankuasa Regata Sibuti 2013 Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, Residen Bahagian Miri Antonio Kahti Galis dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola merangkap Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat.







- Posted using BlogPress from my New iPad















Source: Sarawak Blog





Sumbiling Man disalin daripada Sumbiling Man RSS Feed Syndication