It's all started from Sumbiling

Therefore the showing of a variety from a humble sumbilingman blog.

sumbilingman.blogspot.com

Berbagai variasi posting dari kampong Sumbiling, Papar.

It has been quite some time now

Bit by bit, a step of a time. A collection of interesting items for you, since 2010.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Menyajikan perkara-perkara menarik untuk anda, sejak 2010.

Internet adalah sumber pengetahuan

Berbagai-bagai ilmu tersedia untuk manafaat manusia sejagat. Teruskan bersama-sama sumbilingman pada bila-bila masa, terima kasih.

Sunday, September 1, 2013

Seramai 5,072 pelajar ditawarkan di Universiti Malaysia Sabah





KOTA KINABALU: Sejumlah 5,072 pelajar ditawarkan tempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena pendaftaran kemasukan pelajar baharu sesi 2013/2014 hari ini.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata daripada jumlah itu 2,813 orang adalah pelajar aliran Sastera manakala 2,259 pelajar lagi aliran Sains.

“Setakat ini, 1,666 pelajar sudah mendaftar. Jumlah itu turut merangkumi 121 pelajar antarabangsa dan 263 pelajar Asasi Sains selain 100 pelajar miskin yang ditawarkan oleh UMS baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Mohd Harun berkata majlis pendaftaran diadakan di setiap Kolej Kediaman di Universiti EcoCampus bermula 8 pagi.

Beliau berkata kesemua pelajar kemudiannya akan mengikuti Minggu Suai Mesra (MSM) selama seminggu sebagai persiapan bagi menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan kampus.

Antara aktiviti sepanjang MSM termasuk Majlis Pengenalan Universiti, Majlis Ikrar dan Aku Janji, taklimat universiti, program riadah dan persembahan bakat pada malam kemuncak, katanya.

Sumber : Borneo Insider