Laporan akhbar Tuoi Tre memetik
admiral tentera laut Ngo Van Phat sebagai berkata radar tentera mengesan
pesawat yang membawa 239 penumpang itu terhempas ke dalam laut, 153
batu selatan Pulau Phu Quok.
Sementara itu, Ketua Eksekutif
Malaysian Airlines, Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media pagi tadi
berkata penumpang dan anak kapal dalam pesawat malang itu terdiri
daripada 14 warganegara berbeza.
Mereka termasuk warganegara 152
orang rakyat China, Malaysia (38), Indonesia (12), Australia (7),
Perancis (3), U.S (3), New Zealand (2), Kanada (2), Ukraine (2), Russia
(1), Itali (1), Belanda (1), Taiwan (1) dan Austria (1).
Sebahagian daripada ahli keluarga yang sampai ke Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA hari ini
. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Mac, 2014.
Bercakap pada pemberita di sidang
media di Sama-Sama Hotel di Sepang, Ahmad berkata kenyataan rasmi hanya
dikeluarkan pada 8.30 pagi memandangkan pesawat tersebut masih mempunyai
baki minyak mencukupi untuk terbang sehingga waktu ini.
"MAS sahkan pesawat MH370 hilang
perhubungan dengan pusat kawalan udara Subang pada 2.40 pagi.
Bagaimanapun, ia memiliki baki minyak mencukupi untuk terbang ke
Beijing," kata Ahmad.
Beliau juga berkata spekulasi
mengatakan pesawat yang berkongsi kod bersama China Southern Airlines
telah mendarat di Nanning masih belum dapat disahkan.
Pesawat Boeing 777-200 tersebut
berlepas dari Malaysia pada 12.41 pagi dan sepatutnya di Beijing pada
6.30 pagi tadi (waktu China), tetapi hilang pada 2.40 pagi.
"Pesawat MH370 dikendalikan oleh
Kapten Zaharie Ahmad Shah berusia 53 tahun yang mempunyai jumlah jam
penerbangan lebih 18,365 jam.
"Pegawai pertama adalah Fariq Ab Rahman berusia 27 tahun yang mempunyai jumlah penerbangan 2,763 jam," kata Ahmad.
Beliau berkata Zaharie sudah berkhidmat dengan MAS pada 1981 dan Fariq pula pada 2007.
Ahmad mengesahkan sudah menghubungi
pihak berkuasa Vietnam untuk meminta bantuan bagi mencari pesawat
MH370, yang berusia 11 tahun dan 10 bulan itu.
Ketika ditanya sama ada MAS akan
menyekat penerbangan pesawat Boeing 777-200, Ahmad berkata ia bergantung
jika terdapat bukti kegagalan teknikal.
Malah, pengeluar pesawat tersebut masih belum membuat sebarang cadangan, tambah beliau.
Sebelum itu, MAS menghubungi ahli
keluarga terdekat dan anak kapal pesawat MH370 selepas ia terputus
hubungan dengan menara kawalan udara awal pagi ini.
Sementara itu, Pemangku Menteri
Pengangkuan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerusi akaun Twitter,
menggesa ahli keluarga penumpang dan anak kapal bertenang.
"Kepada ahli keluarga penumpang
dalam pesawat, bertenang dan dapatkan maklumat yang sahih. Kami akan
maklumkan. Doa untuk semua," tulis beliau.
MAS berkata ia akan menyediakan
laporan terkini dari masa ke semasa. Orang ramai boleh menghubungi
03-7884 1234 untuk sebarang maklumat.
Ahli keluarga penumpang dan anak
kapal disarankan berkumpul di Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon
Sokongan Selatan KLIA. Untuk maklumat, hubungi 03-8787 1269.
Orang ramai juga boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk maklumat lanjut.
Sumber : Malaysia Chronicle
Saturday, March 8, 2014
Vietnam sahkan pesawat MAS terjunam ke dalam laut
10:57 PM
No comments
Pihak berkuasa di Vietnam mengesahkan bahawa pesawat Malaysia
Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang dalam perjalanan ke Beijing pagi
tadi telah terhempas di Laut Cina Selatan, menurut sebuah akhbar
Vietnam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment