Tidak tahu sama ada itu alasan semata atau sebab-musabah itu benar-benar belaka. Atau mungkin ini taktik baru perompak tersebut. Dalam laporan sebuah akhbar hari ini menyebut, seorang lelaki telah memecah masuk rumah penyanyi, Mawi, selepas lelaki itu ternampak bayangan sepasang bunian. “Kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian.
“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi, Asmawi Ani, 32, atau Mawi menceritakan semula kejadian pelik di rumahnya, dekat Bangi Golf Resort, jam 2.30 petang kelmarin apabila seorang buruh Indonesia secara tiba-tiba dirasuk dan mengamuk di rumahnya. Menurut Mawi, ketika itu dia tiada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, Nora Asyikin Rahmat (Ekin), 34 ke ibu kota atas urusan kerja. Bagaimanapun, selepas kepulangannya, dia diceritakan semula kejadian itu semalam oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas bersama anaknya, Cahaya Malaika berusia setahun.
Katanya, sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika menjamah makanan. Ini merupakan kejadian kali kedua rumah penyanyi itu dipecah masuk. Kali pertama, sekitar Mac tahun lalu rumahnya dimasuki perompak dan kerugian hampir RM10,000. Bagaimanapun Mawi dan seluruh ahli keluarganya selamat. -MD
.
Sumbiling Man disalin daripada Sumbiling Man RSS Feed Syndication