It's all started from Sumbiling

Therefore the showing of a variety from a humble sumbilingman blog.

sumbilingman.blogspot.com

Berbagai variasi posting dari kampong Sumbiling, Papar.

It has been quite some time now

Bit by bit, a step of a time. A collection of interesting items for you, since 2010.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Menyajikan perkara-perkara menarik untuk anda, sejak 2010.

Internet adalah sumber pengetahuan

Berbagai-bagai ilmu tersedia untuk manafaat manusia sejagat. Teruskan bersama-sama sumbilingman pada bila-bila masa, terima kasih.

Sunday, August 18, 2013

‘Kejayaan’ 100 hari Umno: JENAYAH meningkat!

‘Kejayaan’ 100 hari Umno: JENAYAH meningkat!

KUALA LUMPUR: Seratus hari pentadbiran Barisan Nasional (BN) selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menyaksikan peningkatan kadar jenayah yang amat membimbangkan terutamanya melibatkan senjata api.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selain meningkatnya kadar jenayah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga gagal memenui kehendak rakyat apabila rakyat terus terbeban dengan kenaikan harga barang.

"Saya melihat sepanjang seratus hari pendatbiran BN, Najib gagal melakukan satu tranformasi baru kepada kebajikan rakyat terutamanya dalam soal kehidupan harian mereka.

"Apa yang kita lihat rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang dan turut berada dalam ketakutan serta tidak selamat apabila jenayah melibatkan senjata api kian meningkat," jelasnya kepada Harakahdaily ketika dihubungi.

Malah menurut beliau lagi, seratus hari pentadbiran Najib tidak ada satu pembaharuan dilakukan selain daripada menyelamatkan kroni demi kepentingan peribadi.

Jelasnya, Najib cuba menyelamatkan kedudukan beliau pada pemilihan Umno nanti dengan memasukkan individu yang kalah pada PRU13 serta yang tidak layak di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Seratus hari tumpuan hanya diberikan pada pemilihan Umno, Najib yang ingin menyelamatkan kedudukan beliau mencari sokongan dengan memasukkan individu yang kalah dan tiada kelayakan di dalam GLC.

"Dengan ini beliau merasakan istilah mengenang jasa dapat menyelamatkan beliau, seratus hari sepatutnya ditumpukan kepada permasalah rakyat tidak ditekankan," sambung beliau.

Beliau menambah walaupun Najib merasakan seratus hari masih terlalu awal, tetapi rakyat tetap mahu melihat apa yang akan perolehi sepanjang tempoh tersebut.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, rakyat juga mahu melihat adakah kehidupan mereka masih di takuk lama atau terus diabaikan kebajikan selain terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan.
- bm.harakahdaily.net

Sumber : Malaysia Chronicle

100 hari Najib jadi PM: Malaysia sekarang dalam keadaan 'AUTOPILOT'


100 hari Najib jadi PM: Malaysia sekarang dalam keadaan 'AUTOPILOT'

Minggu ini genap 100 hari Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri selepas PRU13. “Benchmark” 100 hari dalam pentadbiran baru julung-julung kali dimulakan oleh Presiden Roosevelt dari Amerika. Beliau telah melancarkan dasar-dasar dan inisiatif-insiatif yang dinamakan New Deal dalam 100 hari pertama menjadi Presiden. Presiden-presiden Amerika yang seterusnya dinilai mengikut 100 pertama dalam pentadbiran.
Dalam konteks Malaysia, Perdana Menteri Najib telah melancarkan 11 initiatif baru dalam 100 pertama selepas menjadi PM pada tahun 2009. Walaupun kebanyakan 11 initiatif tersebut hanya berupa superficial, seperti memberi diskaun touch n go dan sebagainya. Akan Tetapi ia telah meningkatkan publisiti pada masa itu. Apabila masuk penggal kedua, dengan pengalaman satu penggal, Perdana Menteri seharusnya penuh dengan pelbagai dasar dan idea baru. Malangnya beliau tidak banyak mengumumkan apa-apa dasar baru, atau perubahan dasar yang bermakna.
Pejabat saya telah membuat kajian terhadap kenyataan terbuka Perdana Menteri, facebook dan twitter beliau selama 100 hari. Kami telah mengkategorikan kepada 5 tajuk utama: 1. Dasar Baru dan perubahan dasar 2. Pentadbiran Seharian 3. Ucapan Selamat, Tahniah dan Takziah 4. Hadir program 5. Lain-lain
Hanya 4
Sepanjang 100 hari pertama, PM telah mengutus 308 tweets. Kami agak terkejut mendapati hanya 4 tweet yang berupa dasar baru, iaitu 1%. Ini agak membimbangkan kerana pentadbiran Negara selama 100 hari ini, hanya ada 4 dasar yang baru. Tweet Pentadbiran seharian sebanyak 49%, Ucapan tahniah, takziah 27%, Hadir program 5% dan lain-lain 18%. (Rujuk Lampiran 1)
Pada masa yang sama, selepas PRU13, Negara kita juga penuh dengan cabaran yang genting. Pejabat saya telah memilih 10 isu atau cabaran yang paling utama dalam 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri (Sila rujuk lampiran 2). Kami merujuk keratan media, FB dan twitter beliau untuk mencari maklum balas daripada Perdana Menteri. Kami telah mengkategorikan 10 berita tersebut kepada 3 kategori: 1. Politik dan Dasar 2. Ekonomi 3. Sosio-Jenayah.
Kami berpendapat, kesemua cabaran tersebut memerlukan kepimpinan Negara yang jelas, tegas dan berwawasan. Namun, mengikut kajian kami, Perdana Menteri Najib sekali lagi gagal dalam kajian kami. Dalam 10 isu-isu tersebut, Perdana Menteri hanya menjawab atau komen dalam 2 isu. Hanya satu dasar baru iaitu meletakkan SPR di bawah Parlimen dikemukakan. Itupun masih belum ada butiran lanjut selepas 77 hari diumumkan pada 1hb Jun 2013.
Autopilot
Kesimpulan yang kami dapati adalah, Perdana Menteri telah hilang focus dalam memimpin Negara. Beliau juga hilang idea baru. Negara sekarang dalam keadaan autopilot. Pihak konservatif UMNO telah “hijack” isu-isu dan menjadi suara kepada pentadbiran kerajaan. Kelemahan kepimpinan Perdana Menteri telah menjadikan keadaan Negara tidak terkawal. Keadaan ini amat membimbangkan.
Pada pendapat saya, Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat harus lebih fokus dalam pengurusan pentadiran. Buat masa sekarang, BN atau PR kurang menonjolkan dasar-dasar dan idea-idea baru. Rakyat mahu lihat perubahan yang ketara, maka dasar-dasar yang mesra rakyat harus dilaksanakan, harapan mereka tinggi. Saya belum buat kajian terhadap pentadbiran yang lain, tapi saya ingin memberi pujian kepada Exco Kerajaan Negeri YB Jagdeep Singh. Setahu saya, beliau telah berusaha melaksanakan perubahan kepada dasar pemilikan rumah kos rendah dan cuba membersihkan sebarang kecurangan. Inilah dasar dan fokus yang rakyat inginkan.
Maka, saya menyeru semua pentadbiran Negara, baik menteri-menteri dari peringkat pusat mahupun exco-exco kerajaan negeri, Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional supaya menumpu balik kepada pentadbiran dan melaksanakan dasar-dasar mesra rakyat. Tonjolkan kepimpinan dan pengurusan Negara dengan lebih baik.

YB Sim Tze Tzin

Ahli Parlimen Bayan Baru

Sumber : Malaysia Chronicle