It's all started from Sumbiling

Therefore the showing of a variety from a humble sumbilingman blog.

sumbilingman.blogspot.com

Berbagai variasi posting dari kampong Sumbiling, Papar.

It has been quite some time now

Bit by bit, a step of a time. A collection of interesting items for you, since 2010.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Menyajikan perkara-perkara menarik untuk anda, sejak 2010.

Internet adalah sumber pengetahuan

Berbagai-bagai ilmu tersedia untuk manafaat manusia sejagat. Teruskan bersama-sama sumbilingman pada bila-bila masa, terima kasih.

Wednesday, January 23, 2013

Inilah kekasih baru Raja Azmi




Produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, mengakui, beliau kini bahagia dan sedang dilamun cinta dengan seorang jejaka yang jauh lebih muda daripadanya. Beliau berkata, jarak usia 27 tahun bukan penghalang untuk mereka menjalin hubungan cinta kerana jejaka tersebut, seorang pemain gitar di sebuah kelab terkemuka di ibu kota telah berjaya mencuri hatinya. "Perkenalan kami baru sebulan dan dia membuat saya merasai semula perasaan cinta yang sekian lama terpadam.



"Setakat ini, keluarga saya dapat menerima kehadiran dia walaupun pada mulanya, anak-anak terkejut dengan berita ini. Saya akan bertemu keluarganya dalam tempoh terdekat ini," kata Raja Azmi. Menurut beliau, percintaannya dengan jejaka yang pangkal namanya bermula dengan huruf H terjalin pada pandangan kali pertama. "Rasanya tidak salah jika H dapat mengetuk pintu hati saya untuk bercinta lagi kerana perasaan itu sudah lama hilang. Saya akui bahagia bersama H," katanya. - UTUSAN











.



Sumbiling Man disalin daripada Sumbiling Man RSS Feed Syndication