It's all started from Sumbiling

Therefore the showing of a variety from a humble sumbilingman blog.

sumbilingman.blogspot.com

Berbagai variasi posting dari kampong Sumbiling, Papar.

It has been quite some time now

Bit by bit, a step of a time. A collection of interesting items for you, since 2010.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Menyajikan perkara-perkara menarik untuk anda, sejak 2010.

Internet adalah sumber pengetahuan

Berbagai-bagai ilmu tersedia untuk manafaat manusia sejagat. Teruskan bersama-sama sumbilingman pada bila-bila masa, terima kasih.

Wednesday, June 26, 2013

Siapa Sally Yen? Dan kenapa dia menimbulkan kemarahan ramai pihak?




Siapa Sally Yen? Dan kenapa dia menimbulkan kemarahan ramai pihak? | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan berhubung kenyataan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW oleh seorang pengguna laman Facebook bernama 'Sally Yen'. Ketua Komunikasi Strategiknya, Sheikh Raffie Abd. Rahman berkata, SKMM sentiasa berwaspada dan memberikan perhatian serius terhadap perbuatan berkenaan. Bagaimanapun, beliau memberitahu, perkembangan siasatan masih belum boleh didedahkan kerana perkara itu membabitkan banyak perkara yang saling berkaitan.



"Kita tidak tahu sama ada 'Sally Yen' itu akaun sebenar ataupun palsu. Sekiranya palsu, siasatan akan mengambil masa kerana sukar untuk mengenal pasti individu di sebalik akaun berkenaan. "SKMM siasat, bukan kami tidak siasat tetapi harus faham bahawa perkara seperti ini sedikit rumit. Buat masa ini tiada maklumat boleh didedahkan dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang terhadap pihak terbabit sekiranya benar didapati bersalah," katanya.



Beliau mengulas tentang tindakan seorang wanita bernama 'Sally Yen' yang bertindak biadab apabila menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui laman Facebook. Bagaimanapun, difahamkan nama serta gambar profil 'Sally Yen' yang dipaparkan sekadar untuk mengaburi mata orang ramai kerana dipercayai pemilik sebenar akaun Facebook tersebut ada kaitan dengan tentera siber Red Bean Army.



Mengulas lanjut, Sheikh Raffie menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebar luas perkara seumpamanya sama ada menerusi laman sosial atau e-mel memandangkan tidak tahu sejauh mana kesahihannya. "Ini satu masalah. Kadang-kadang orang ramai tidak tahu betul ke tidak perkara itu tetapi terus menyebar luas kepada rakan-rakan yang lain, ini perkara tidak sepatutnya dilakukan. "Perkara pertama mereka perlu lakukan sepatutnya laporkan kepada Facebook supaya perkara itu tidak disebar luas kepada pihak lain dan pada masa sama, SKMM boleh menjalankan siasatan. Hal ini kerana kami sentiasa berwaspada dengan perkara sebegitu," jelasnya. -MD











.



Sumbiling Man disalin daripada Sumbiling Man RSS Feed Syndication