Monday, January 21, 2013

Inilah bakal suami Datuk Michelle Yeoh




Setelah sekian lama mengikat tali pertunangan dengan bekas Presiden Ferrari, Jean Todt, akhirnya bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh kini sudah bersedia untuk mengakhiri ikatan percintaan mereka dengan perkahwinan. Dalam laporan The Star online menyebut, Yeoh merancang mahu melangsungkan majlis perkahwinan di kampung halaman beliau, di Ipoh Perak. “Saya sedang berfikir bagaimana untuk melangsungkan upacara khas untuk perkahwinan saya nanti,” katanya. Michelle berhasrat untuk melangsungkan di kampungnya kerana bapa beliau yang mengalami kesukaran untuk bergerak jauh di usia 87 tahun kini.






Datin Janet Yeoh, ibu Michelle Yeoh bagaimana pun berkata yang beliau tidak tahu menahu akan sebarang perancangan perkahwinan kerana anaknya itu ketika ini tidak berada di Malaysia. Yeoh telah bertunang dengan lelaki warganegara Perancis itu sejak 2005. Sebelum ini Todt merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari dari tahun 2004 hingga 2008. Kini lelaki berusia 67 tahun itu merupakan Presiden Perseketuan Auto-mobil Antarabangsa (FIA). - mD















.



Sumbiling Man disalin daripada Sumbiling Man RSS Feed Syndication

0 comments:

Post a Comment