"Semua 15 orang AJK PKR Beaufort keluar dari parti dan menyertai UMNO"
Umum tahu bahawa Lajim Ukin telah keluar Barisan Nasional dan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Pakatan Perubahan Sabah (PPS). Langkah yang serupa juga dibuat oleh Wilfred Bumburing, Angkatan Perubahan Sabah (APS).
Langkah kedua-dua ahli politik veteren ini ada tujuannya. PPS konon
Pasukan perisik tentera Rusia sedang menjalankan uji kaji terhadap tikus untuk dijadikan ejen pengintipan sama seperti manusia. Menurut pakar, fizikal tikus yang kecil dan pantas membolehkan haiwan tersebut menyelinap masuk ke beberapa tempat yang sukar, selain tidak mudah dikesan oleh pihak musuh. Tikus juga dilihat berupaya mengesan bahan letupan, peluru dan kedudukan tebusan, sama seperti anjing yang mempunyai deria bau yang tajam. Beberapa sumber di sini menyatakan bahawa tikus sudah digunakan oleh pasukan tentera Israel ketika berdepan dengan situasi pengganas.
Akhbar Izvestia melaporkan, sekiranya tikus-tikus berkenaan melepasi semua ujian yang dijalankan, haiwan terbabit bukan sahaja bakal ditempatkan di dalam pasukan perisik negara, malah Rusia akan dikenali sebagai negara 'perangkap tikus'. Seorang daripada pakar perisikan, Anton Venediktov berkata, tikus boleh diajar untuk mengenal bau beberapa bahan yang sering digunakan untuk tujuan jahat seperti bom, dadah dan mayat manusia. "Selain bau, haiwan kecil itu juga diajar untuk mengenal tanda isyarat," katanya. Tikus juga terkenal dengan sikap yang tenang ekoran sistem saraf yang lebih mudah berbanding haiwan lain, sekali gus menjadi pilihan ideal sebagai ejen perisik haiwan. Haiwan kecil itu dijangka mampu melakukan 150 tugasan dalam tempoh sebulan, selain bekerja mengikut aturan dalam masa enam hingga lapan jam. - AGENSI
Apabila seekor kucing bersemuka dengan seekor buaya, ianya seolah-olah kucing itu bakal menempah maut yang mengerikan. Seekor kucing menyusup masuk ke dalam kandang buaya di sebuah zoo di Jaipur, India. Seekor daripada buaya itu berusaha menakutkan kucing itu di pinggir air tetapi tidak berjaya.
Kucing itu nampaknya sudah bersedia untuk berlawan. Dengan mengembangkan bulunya, dia cuba untuk mencakar muncung buaya dua kali. Agaknya buaya itu menyangka kucing itu tidak berdaya untuk melawan. Buaya itu akhirnya sedar, dia kalah, dan segera berundur.
Situasi itu dirakamkan oleh Manu Chaudhary, 25, dan suami Vishal, 26, dari Southall, Middlesex, yang menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka di India. Chaudhary, yang tinggal di New Delhi, India, berkata: 'Walaupun kami berada di kawasan buaya, kami sedar kucing itu telah menang.' -AP
PASANGAN merpati sejoli, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan semakin gembira menjalani kehidupan berumah tangga. Menurut sumber, Kareena sangat mengagumi Saif yang sangat romantik dan penyayang. Malah ketika Hari Kekasih yang lalu, Saif masih memberi kejutan buatnya. "Tahun ini merupakan kali pertama mereka menyambut hari kekasih sebagai pasangan suami isteri selepas mendirikan rumah tangga pada 16 Oktober tahun lalu.
"Sebelum menjelangnya hari kekasih, Saif telah mengatur beberapa persiapan untuk isteri kesayangannya itu," kata sumber. Walaupun sibuk dengan karier, ternyata Saif tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai suami. "Tiada yang lebih membahagiakan buat Saif selain melihat isterinya terus gembira disampinginya," kata sumber. -SH
Seorang penoreh getah terkejut apabila pokok getah yang ditorehnya memiliki daun yang berbeza dari pokok getah lain iaitu berbentuk panjang. Mat Isa Awang 60, berkata, dia menyedari keanehan daun pokok getah itu tiga hari lalu apabila hampir semua daun pokok itu luruh sebelum berputik semula. Menurutnya, saiz daun getah itu sangat berbeza kerana ia lebih panjang dari daun getah biasa. “Selama 25 tahun saya menoreh getah, ini kali pertama saya menemui daun getah seperti ini. Ia merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Mungkin baka pokok getah ini lain berbanding pokok yang saya tanam sebelum ini. "Bagaimanapun hasil getah yang diperoleh adalah sama, cuma daunnya sahaja berbeza,” katanya. -SH
Para pengunjung ke Legoland Malaysia diberi peluang meraikan tahun ular dalam kalendar Cina dengan sama-sama membentuk ular lego terpanjang di dunia. "Sejak pembentukannya bermula pada awal cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, ular yang dibentuk kini mencapai 200 meter tinggi. "Para pengunjung turut menyertai kegiatan yang julung kali diadakan ini dan akan berakhir pada 17 Februari di taman tema antarabangsa pertama di Malaysia ini," kata Legoland Malaysia dalam kenyataannya. Sekiranya cubaan ini berjalan lancar, ular yang dibentuk itu dianggar mencapai lebih 300 meter panjang dan menggunakan kira-kira satu juta bongkah Lego. Apabila siap kelak, ular Lego terpanjang di dunia ini akan melingkar di kawasan taman seluas 30.8 hektar itu. - Bernama
Ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Ab Rahman meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya dipercayai terbabit dengan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di Gerik, Perak awal pagi Rabu. Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu dan akan sentiasa merindui Allahyarham."Pemergian seorang ibu tidak akan ada galang gantinya. Walaupun pemergian Allahyarham kerana nahas jalan raya tetapi arwah kelihatan seperti insan yang lena dibuai mimpi. Saya akan sentiasa merinduinya," katanya seperti dipetik dalam laman sosial Facebook miliknya pada Rabu. Catriona turut meminta semua umat Islam agar menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh ibunya itu.Dalam status Facebook miliknya itu juga Catriona turut memaklumkan jenazah ibunya dikebumikan di kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan pada Rabu. -Mstar
GEORGE TOWN, 11 FEB – Warga Pulau Pinang memberi kenyataan jelas nyata kepada Perdana Menteri Najib Razak dalam sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang hari ini apabila menjawab “tidak” ketika ditanya tentang kesediaan mereka untuk menerima Barisan Nasional.
Bukan sekali bahkan tiga kali Najib Razak menerima jawapan ‘No!’ (Tidak!) daripada hadirin yang berkumpul di hadapan pentas utama dalam sambutan yang menampilkan artis Korea Selatan, PSY yang mempersembahkan lagu popularnya ‘Oppa Gangnam Style’.
Najib Razak yang mengambil tempat di tengah-tengah pentas cuba berinteraksi dengan hadirin yang tidak sabar-sabar lagi mahu menyaksikan persembahan secara langsung PSY dan langsung bertanya, ‘Are you ready for PSY?’ (Anda bersedia untuk PSY?) lalu menerima jawapan positif daripada hadirin yang hadir memakai tshirt berwarna kuning.
Namun apabila beliau bertanya ‘Are you ready for BN’ (Anda bersedia untuk BN?) hadirin terus menjawab ‘No!’ (Tidak!) setiap kali soalan tersebut diajukan dengan disambut dengan gelak ketawa mengejek Perdana Menteri yang malang itu.
Rakaman kejadian tersebut tersebar luas di laman-laman sosial sejurus sahaja acara tersebut berakhir dan menerima respon menarik daripada orang ramai yang teruja menyaksikan reaksi berani rakyat Pulau Pinang yang nampaknya sudah serik dan tidak akan menerima BN lagi dalam pilihanraya umum yang semakin hampir.
Klip sepanjang lebih kurang seminit itu telah dimuat naik dan disebarkan menggunakan pelbagai akaun di laman video YouTube.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam akaun Facebook-nya berkata, “Selepas menonton video tersebut, saya rasa amat kasihan kepada Najib. Kroni BN membelanjakan jutaan ringgit untuk menjemput PSY membuat persembahan di rumah terbuka BN Puloau Pinang, tapi nampaknya PSY tidak dapat membantu BN untuk memenangi hati rakyat Pulau Pinang.
“Rakyat telah menghantar mesej yang kuat kepada BN, bahawa mereka akan menerima apa sahaja perkara baik yang ditawarkan, tetapi apa yang mereka mahu sebenarnya adalah jauh lebih rumit, iaitu negara yang lebih bersih, adil dan baik.
“Jika saya Najib, saya akan peluk bantal dan menangis malam ini,” katanya.
Penyanyi yang dibawa khas dari Korea itu dikhabarkan menerima undangan untuk membuat persembahan dengan bayaran tidak kurang USD1 juta. – Roketkini.com
Kandang lembu ini sangat mewah. Di Rusia, ada sebuah ladang peternakan lembu yang menyediakan tv besar LCD kepada lembu-lembu ternakannya. Setiap masa, tv itu akan dihidupkan dan akan ditayangkan rancangan-rancangan yang akan membuatkan ‘jiwa para lembu menjadi tenang’. Tapi apakah hasilnya? Hasilnya, tak ada kesan. Tidak ada sebarang perubahan. Maknanya, hasil mereka sia-sia.. -AP
Berpuluh-puluh paku, jarum dan nat 'bersarang' di tubuh seorang pemuda di daerah Grobogan, Jawa Timur. Akibat daripada itu, Bambang Sujito, 25, kini hanya terbaring lemah di katil di hospital daerah di Grobogan. Lelaki yang berasal dari Kampung Teguhan itu sudah beberapa hari dirawat di Hospital Daerah Soedjati, Purwodadi, Grobogan. Menurut Gunadi, ayah kepada Bambang, kehadiran benda asing di dalam tubuh anaknya itu diketahui tiga bulan lalu apabila anaknya mengadu kesakitan semasa membuang air kecil. "Bambang juga kerap mengeluh sakit di perut selepas makan dan punca kesakitan itu kami ketahui hanya selepas membawanya ke hospital. "Hasil pemeriksaan doktor, terdapat berpuluh-puluh paku, jarum dan nat di dalam tubuhnya," kata Gunadi.
Bambang akhirnya meninggal di rumahnya setelah sempat tiga hari dirawat di Hospital. Doktor Hospital Soedjati Purwodadi mengaku tak sanggup mengeluarkan puluhan benda tajam dari dalam tubuh Bambang. Keadaan Bambang yang kian lemah tak memungkinkan doktor melakukan pembedahan. Kerana itu, pihak keluarga memutuskan untuk membawa Bambang pulang. Di rumah Bambang terus merintih kesakitan menahan sakit hingga akhirnya meninggal. -Okezone.
Derita seorang kanak-kanak di Jember, Jawa Timur, Indonesia yang tidak mempunyai tulang leher masih berlarutan sejak beberapa tahun lalu memandangkan tiada pihak berwajib tampil untuk membantu meringankan penderitaan yang dialami kanak-kanak itu. Malah beban ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, Bambang Herwantoro, 33, dan Hendita Novianti, 29, semakin bertambah apabila mendapati nama anak mereka, Ricky Lilian Putra Dwi Herlambang tidak tersenarai dalam sistem Jaminan Kesihatan Masyarakat (Jamkesmas). Hal itu menyebabkan Ricky tidak menerima bantuan ubat-ubatan sejak lebih setahun lalu, selepas kanak-kanak berusia empat tahun berkenaan disahkan menderita penyakit kuman tuberkulosis tulang. -TBn
Seorang banduan yang melarikan diri dari penjara Texas hampir 16 tahun ditahan oleh pegawai polis di Mexico dan menunggu ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) untuk menyambung tempoh tahanannya atas dakwaan membunuh seorang pegawai polis. Juan Salaz berjaya ditahan semula minggu lalu. Lelaki berusia 37 tahun itu yang juga warga AS menjadi buruan polis di kedua-dua negara setelah sekian lama. Salaz melarikan diri pada 22 Mac 1997 dari penjara Timur Garza di Selatan Texas dengan memanjat tembok yang dipasang kawat berduri setinggi lima meter. Pada waktu itu, dia menjalani hukuman penjara 35 tahun kerana menculik dan membunuh seorang pegawai polis pada 1995.
Dia kini akan berdepan dakwaan melarikan diri disamping menghabiskan baki tempoh tahanannya. Berdasarkan keterangan di mahkamah pada 2 April 1995, Salaz dan seorang lagi rakannya, Geronimo Soto Alvarado menculik seorang lelaki dan meminta wang tebusan. Pegawai penjara berkata sumber memberitahu bahawa Salaz bersembunyi di luar Mexico tetapi berjaya meloloskan diri dari dikesan polis. Usaha memburu Salaz melibatkan Marshal AS, Inspektor Jeneral Penjara Texas dan agensi penguatkuasaan undang-undang Mexico. Salaz akan kembali ke Texas untuk menjalani hukuman penjara sebaik saja kerajaan Mexico meluluskan proses ekstradisinya. -AP
China akan melarang siaran iklan barang-barang mewah sebagai sebahagian dari usaha untuk membanteras rasuah dan kemewahan yang berlebihan. Jam-jam mahal, syiling emas mahu pun minuman alkohol kelas atas termasuk barang-barang yang tidak boleh diiklankan di radio atau TV China. Bilik berita rasmi Xinhua melaporkan badan pengawas radio, TV, dan filem China, menyebutkan iklan tersebut menyampaikan nilai-nilai yang tidak wajar.
Pemberian barang-barang mewah kepada para pejabat kerajaan merupakan hal yang biasa terjadi di China ketika Tahun Baru China. Perayaan tahun baru di China biasanya berlangsung selama seminggu. Larangan ini diumumkan setelah Xi Jinping, yang akan dilantik menjadi presiden, menegaskan perang melawan rasuah. Bagaimanapun ada kerisauan pengeluar barang-barang mewah China akan terjejas dengan wujudnya larangan ini.-BBC
Dua ahli Parlimen, kantoi dalam gambar apabila dilihat sedang bermain permainan scrabble di ipad masing-masing ketika sesi parlimen diadakan di Perancis. Ketika itu, sidang parlimen sedang membahaskan rang undang-undang yang penting, namun mereka jelas tidak ambil tahu dan asyik dengan permainan itu. Malah mereka dilihat saling berbisik, berbincang mengenai perkataan yang sepatutnya dibuat dalam permainan itu. Entah apa reaksi mereka jika melihat gambar ini.. -AFP
Pakar teknologi percaya Apple akan memfailkan saman ke atas Blackberry sekiranya jualan iPhone mengalami penurunan kerana model Blackberry Z10 mirip menyerupai model tersebut. Bagaimanapun, syarikat pengeluar telefon pintar dari Kanada itu enggan melayan sebarang pertanyaan berhubung Z10 yang menyerupai iPhone. Pengarah Urusan Blackberry Eropah, Stephen Bates dalam satu temu bual bersama Radio 5 telah ditanya soalan sebanyak lima kali sama ada syarikat itu telah belajar sesuatu daripada Apple, namun dia tidak memberi jawapan sepatutnya. "Blackberry merupakan salah satu pelabur dalam pasaran telefon pintar,'' jawapan sama yang diberikan Bates setiap kali penemu ramah bertanyakan soalan sehingga dia berputus asa.
Malah, penemu ramah itu turut menyindir Bates dengan menyifatkan jawapan 'bos' Blackberry tersebut hanya seolah-olah beliau sedang membaca kenyataan akhbar. Dalam pada itu, ramai pakar mendakwa gajet terbaharu Blackberry itu 'meminjam' sistem operasi daripada beberapa syarikat telefon pintar termasuk Apple. ''Ia seolah-olah satu penggabungan daripada pelbagai sistem,'' kata Stuart Miles pengasas laman web Pocket-Lint.
''Kekunci skrin Blackberry mirip telefon milik Windows, paparan aplikasi pula menyerupai iPhone manakala halaman aplikasi pula hampir menyerupai Android. ''Saya tidak fikir pengguna akan keliru dengan telefon Blackberry yang lebih kelihatan berbentuk segi empat tepat,'' kata Miles. Sementara itu, pakar undang-undang berkata, Apple mungkin berdepan kesukaran untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Blackberry ekoran pertikaian berpanjangan antara syarikat dengan Samsung. - AGENSI
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri
-
2019 merupakan tahun yang penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan
melalui fasa baru pentadbiran. Untuk tahun 2020 marilah kita menumpukan
kepada usaha-...
ESSCOM vs RCI SABAH.
-
Kita seringkali mendengar berita penculikan di Pantai Timur Sabah,pada
tahun ini saja dah 3 kes penculikan berlaku,namun demikian pada waktu
penculikan ber...
Blog Is Supposed To Be an Asset, Not Liability
-
*Rest assured that it is not 10, or 100 blogs. There are many of them. Just
grab a keyboard and do a simple search on GOOGLE by clicking this >> LINK
<< ...
10 di semporna - Google Blog Search
-
10 di semporna - Google Blog Search
------------------------------
Susah Atay Dayang: Jom Tengok Pagi Yang Indah *Di Semporna*
Posted: 29 May ...
KerincInfo: Menyibak tambo sejarah Jujun
-
KerincInfo: Menyibak tambo sejarah Jujun: Minggu (12/06) Jujun mengelar
kenduri sko.Bagaimana sejarah Jujun.Kerinci info melaporkan untuk anda.
SEJARAH DAR...