KUALA LUMPUR: Seratus hari pentadbiran Barisan Nasional (BN)
selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menyaksikan
peningkatan kadar jenayah yang amat membimbangkan terutamanya melibatkan
senjata api.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selain meningkatnya
kadar jenayah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga gagal memenui
kehendak rakyat apabila rakyat terus terbeban dengan kenaikan harga
barang.
"Saya melihat sepanjang seratus hari pendatbiran BN, Najib gagal
melakukan satu tranformasi baru kepada kebajikan rakyat terutamanya
dalam soal kehidupan harian mereka.
"Apa yang kita lihat rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang dan
turut berada dalam ketakutan serta tidak selamat apabila jenayah
melibatkan senjata api kian meningkat," jelasnya kepada Harakahdaily
ketika dihubungi.
Malah menurut beliau lagi, seratus hari pentadbiran Najib tidak ada
satu pembaharuan dilakukan selain daripada menyelamatkan kroni demi
kepentingan peribadi.
Jelasnya, Najib cuba menyelamatkan kedudukan beliau pada pemilihan
Umno nanti dengan memasukkan individu yang kalah pada PRU13 serta yang
tidak layak di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Seratus hari tumpuan hanya diberikan pada pemilihan Umno, Najib yang
ingin menyelamatkan kedudukan beliau mencari sokongan dengan memasukkan
individu yang kalah dan tiada kelayakan di dalam GLC.
"Dengan ini beliau merasakan istilah mengenang jasa dapat
menyelamatkan beliau, seratus hari sepatutnya ditumpukan kepada
permasalah rakyat tidak ditekankan," sambung beliau.
Beliau menambah walaupun Najib merasakan seratus hari masih terlalu
awal, tetapi rakyat tetap mahu melihat apa yang akan perolehi sepanjang
tempoh tersebut.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, rakyat juga mahu melihat adakah
kehidupan mereka masih di takuk lama atau terus diabaikan kebajikan
selain terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan.
- bm.harakahdaily.net
Sunday, August 18, 2013
‘Kejayaan’ 100 hari Umno: JENAYAH meningkat!
9:21 PM
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment