Sunday, August 18, 2013
100 hari Najib jadi PM: Malaysia sekarang dalam keadaan 'AUTOPILOT'
9:13 PM
No comments
Minggu ini genap 100 hari Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri selepas PRU13. “Benchmark”
100 hari dalam pentadbiran baru julung-julung kali dimulakan oleh
Presiden Roosevelt dari Amerika. Beliau telah melancarkan dasar-dasar
dan inisiatif-insiatif yang dinamakan New Deal dalam 100 hari
pertama menjadi Presiden. Presiden-presiden Amerika yang seterusnya
dinilai mengikut 100 pertama dalam pentadbiran.
Dalam konteks Malaysia, Perdana Menteri
Najib telah melancarkan 11 initiatif baru dalam 100 pertama selepas
menjadi PM pada tahun 2009. Walaupun kebanyakan 11 initiatif tersebut
hanya berupa superficial, seperti memberi diskaun touch n go
dan sebagainya. Akan Tetapi ia telah meningkatkan publisiti pada masa
itu. Apabila masuk penggal kedua, dengan pengalaman satu penggal,
Perdana Menteri seharusnya penuh dengan pelbagai dasar dan idea baru.
Malangnya beliau tidak banyak mengumumkan apa-apa dasar baru, atau
perubahan dasar yang bermakna.
Pejabat saya telah membuat kajian terhadap
kenyataan terbuka Perdana Menteri, facebook dan twitter beliau selama
100 hari. Kami telah mengkategorikan kepada 5 tajuk utama: 1. Dasar Baru
dan perubahan dasar 2. Pentadbiran Seharian 3. Ucapan Selamat, Tahniah
dan Takziah 4. Hadir program 5. Lain-lain
Hanya 4
Sepanjang 100 hari pertama, PM telah
mengutus 308 tweets. Kami agak terkejut mendapati hanya 4 tweet yang
berupa dasar baru, iaitu 1%. Ini agak membimbangkan kerana pentadbiran
Negara selama 100 hari ini, hanya ada 4 dasar yang baru. Tweet
Pentadbiran seharian sebanyak 49%, Ucapan tahniah, takziah 27%, Hadir
program 5% dan lain-lain 18%. (Rujuk Lampiran 1)
Pada masa yang sama, selepas PRU13, Negara
kita juga penuh dengan cabaran yang genting. Pejabat saya telah memilih
10 isu atau cabaran yang paling utama dalam 100 hari Najib menjadi
Perdana Menteri (Sila rujuk lampiran 2). Kami merujuk keratan media, FB
dan twitter beliau untuk mencari maklum balas daripada Perdana Menteri.
Kami telah mengkategorikan 10 berita tersebut kepada 3 kategori: 1.
Politik dan Dasar 2. Ekonomi 3. Sosio-Jenayah.
Kami berpendapat, kesemua cabaran tersebut
memerlukan kepimpinan Negara yang jelas, tegas dan berwawasan. Namun,
mengikut kajian kami, Perdana Menteri Najib sekali lagi gagal dalam
kajian kami. Dalam 10 isu-isu tersebut, Perdana Menteri hanya menjawab
atau komen dalam 2 isu. Hanya satu dasar baru iaitu meletakkan SPR di
bawah Parlimen dikemukakan. Itupun masih belum ada butiran lanjut
selepas 77 hari diumumkan pada 1hb Jun 2013.
Autopilot
Kesimpulan yang kami dapati adalah,
Perdana Menteri telah hilang focus dalam memimpin Negara. Beliau juga
hilang idea baru. Negara sekarang dalam keadaan autopilot. Pihak
konservatif UMNO telah “hijack” isu-isu dan menjadi suara kepada
pentadbiran kerajaan. Kelemahan kepimpinan Perdana Menteri telah
menjadikan keadaan Negara tidak terkawal. Keadaan ini amat
membimbangkan.
Pada pendapat saya, Barisan Nasional
mahupun Pakatan Rakyat harus lebih fokus dalam pengurusan pentadiran.
Buat masa sekarang, BN atau PR kurang menonjolkan dasar-dasar dan
idea-idea baru. Rakyat mahu lihat perubahan yang ketara, maka
dasar-dasar yang mesra rakyat harus dilaksanakan, harapan mereka tinggi.
Saya belum buat kajian terhadap pentadbiran yang lain, tapi saya ingin
memberi pujian kepada Exco Kerajaan Negeri YB Jagdeep Singh. Setahu
saya, beliau telah berusaha melaksanakan perubahan kepada dasar
pemilikan rumah kos rendah dan cuba membersihkan sebarang kecurangan.
Inilah dasar dan fokus yang rakyat inginkan.
Maka, saya menyeru semua pentadbiran
Negara, baik menteri-menteri dari peringkat pusat mahupun exco-exco
kerajaan negeri, Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional supaya menumpu
balik kepada pentadbiran dan melaksanakan dasar-dasar mesra rakyat.
Tonjolkan kepimpinan dan pengurusan Negara dengan lebih baik.
YB Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru
Sumber : Malaysia Chronicle
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment