SHAH ALAM - Individu yang melakonkan aksi sambutan hari raya
bersama anjing dalam satu video kontroversi menafikan bahawa
tindakannya itu merupakan satu penghinaan kepada Islam.
Memetik laporan Malaysiakini, Maznah Mohd Yusof, 38 atau lebih dikelani
sebagai Chetz berkata, beliau berasa sedih kerana video berkenaan
disalah tafsir.
“Saya sayang agama saya. Saya fikir orang perlu
belajar mengenai agama mereka dulu dan tidak membuat tafsiran salah
mengenai video saya yang dibuat tiga tahun lalu," katanya.
Jurulatih anjing tersebut berkata, beliau membersihkan dirinya dan
anjing berkenaan dalam video berkenaan kerana agama Islam menurutnya
menganjurkan kebersihan.
Maznah berkata, beliau juga sedih kerana imam masjid berhampiran kawasannya juga marah dengan video berkenaan.
“Sebagai seorang pemimpin agama, tidakkah dia tahu mengenai
undang-undang Islam? Sepanjang pengetahuan saya, agama saya tidak
menghalang saya daripada membela atau menjaga anjing,” katanya.
Maznah menambah, jirannya yang beragama Islam kini tidak berpuas hati
walaupun mereka sebelum ini tiada masalah dengan tindakannya membela
anjing.
"Video ini dibuat tiga tahun lalu, kenapa jadikannya sebagai isu sekarang?
"Saya percaya ini berkaitan dengan kes blogger Alvin Tan dan Vivian
Lee... sebab pada awalnya, mereka yang menonton video tersebut menyangka
saya seorang Cina,” katanya yang merujuk kepada pasangan blogger seks
yang didakwa ekoran satu video didakwa menghina Islam.
Sementara itu, semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran video yang
dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan
dalam laman YouTube.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Jailani Johari berkata, SKMM telah diarah menyegerakan siasatan
terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam
itu.
"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini
walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu,
saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video
itu," katanya.
Video itu menunjukkan seorang individu membawa
tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara
latar Takbir Raya.
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut
menunjukkan individu itu memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki
anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula
dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor
anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah
Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul
(dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).
- sinarharian.com.my
Wednesday, July 31, 2013
Jurulatih anjing: 'Saya tidak hina Islam'
9:38 PM
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment