Bukan artis, bukan juga wanita Melayu. Sebalik pelakon Jehan Miskin memilih seorang wanita asal Korea untuk dijadikan sebagai suri hatinya. "Saya memilih gadis Korea ini sebagai isteri kerana terpikat dengan sikap dan perilakunya yang istimewa. Lagi pun kami sudah sekian lama mengenali hati budi masing-masing, lebih elok kalau terus mendirikan rumah tangga. "Insya-Allah, jika tiada sebarang masalah majlis pernikahan kami akan berlangsung pada 4 Mei ini, hari Sabtu di Kuala Lumpur," beritahu Jehan. Tanpa mahu bercerita lebih mendalam tentang nama dan usia gadis berkenaan, hubungan yang terjalin selama lebih lima tahun itu mendapat restu kedua-dua belah keluarga.
"Siapa dia, wajahnya dan bagaimana cinta kami bermula akan diceritakan pada hari pernikahan kami nanti. "Apa yang penting, cinta kami direstui kedua-dua belah keluarga. Malah, ibubapa mertua saya juga akan hadir dari Korea ke majlis pernikahan itu nanti," kata Jehan lagi. Pasangan ini memilih untuk dinikahkan dalam suasana sederhana di Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur dengan tetamu jemputan sekitar 100 orang termasuk pihak keluarga. - Utusan
.
Sumbiling Man disalin daripada Sumbiling Man RSS Feed Syndication
0 comments:
Post a Comment