Seorang bayi di Britain dilahirkan dengan berat 7.02 kilogram secara normal, sekali gus menjadikannya, bayi kedua terbesar pernah dilahirkan di negara ini tanpa melibatkan pembedahan. Bayi yang diberi nama George King itu dilahirkan di Hospital Diraja Gloucestershire pada 11 Februari lalu. Bayi itu dilahirkan secara normal, sesuatu yang luar biasa bagi bayi sebesar itu kerana biasanya pembedahan akan dilakukan bagi mengelak kesukaran proses kelahiran. Namun, sebelum King dilahirkan, tidak terdapat tanda-tanda bayi itu memiliki saiz sebesar itu ekoran ibu bapanya juga dilahirkan dengan berat yang normal dan pasangan itu juga tidak berbadan besar.
Saiz King yang besar menyebabkan ibunya, Jade menghadapi kesukaran untuk melahirkannya apabila bahagian bahu King tersangkut. "Sebanyak 20 kakitangan hospital terlibat dalam proses kelahiran itu dan situasi turut menjadi cemas dengan King tidak mendapat oksigen selama lima minit. "Doktor turut memberitahu bahawa bayi saya hanya mempunyai 10 peratus peluang untuk hidup," kata Jade. Jade berkata, dia akhirnya berjaya melahirkan King dan bayi lelakinya itu kemudiannya dipindahkan ke hospital lain untuk penjagaan rapi, sebelum dibenarkan keluar empat minggu selepas itu.
"Kini King sihat seperti bayi-bayi lain, tetapi kami terpaksa membeli baju baharu untuknya kerana dia kini memakai pakaian bersaiz antara empat dan enam bulan," ujar Jade. Bayi lelaki paling besar pernah dilahirkan di Britain ialah Guy Carr dari Barrow, Cumbria dengan berat 7.03 kilogram, manakala rekod dunia dipegang oleh bayi dari Ohio, Amerika Syarikat dengan berat 10.8 kilogram yang dilahirkan pada 1879. - AGENSI
.
Sumbiling Man disalin daripada Sumbiling Man RSS Feed Syndication
0 comments:
Post a Comment