Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh membuat keputusan
menarik diri saat akhir bagi memberi keterangan terhadap tuduhan ke
atasnya oleh Hassnar Ebrahim di dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
berhubung dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing hari ini.
Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar sebelum ini memberikan
keterangan menuduh Harris bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Megat
Junid Megat Ayob terlibat secara langsung dalam melibatkan isu pemberian
kad pengenalan.
Susulan itu, Harris telah dipanggil semula untuk menjawab tuduhan ke
atasnya, bagaimanapun pegawai bertugas Manoj Kurup memberitahu kepada
panel dihadapan bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim
Lip Kiong bahawa Harris telah menolak permintaan untuk menjawab tuduhan
ke atasnya.
"Saksi telah memberitahu saya beliau tidak akan menjawab keterangan
Hassnar," kata Manoj sejurus selepas sesi RCI berehat untuk menunaikan
solat Jumaat.
Sebaik sesi bersambung, bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri
Abdul Aziz Shamsuddin mengambil tempat untuk memberikan keterangan.
Dalam keterangan sebelum ini, Hassnar menuduh penglibatan Harris
dalam pengeluaran kad pengenalan tidak sah kepada pendatang haram di
Sabah sebagai balasan untuk undi mereka, atau digelar sebagai Projek IC
atau Projek M, sempena nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Selain Hassnar dan Harris, seorang lagi bekas Ketua Menteri Sabah Tan
Sri Joseph Pairin Kitingan juga memberikan keterangan dalam RCI semalam
di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Harris juga kelihatan di mahkamah pagi ini, beliau sebelum ini
memberikan keterangan dalam RCI pada Januari lalu menafikan kewujudan
Projek IC, sama seperti keterangan yang diberikan oleh Abdul Aziz hari
ini.
Sesi RCI berakhir hari ini selepas dua hari bersidang dan Shim
mengumumkan sesi keterangan akan bersambung pada 9 September depan.
Sebanyak 202 saksi telah memberikan keterangan sejak ia bermula pada Oktober 2012 lalu.
- themalaysianinsider.com
Saturday, August 17, 2013
RCI: Bekas Ketua Menteri Sabah tarik diri saat akhir
8:52 PM
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment