Sekiranya Tun Abdullah Badawi mengikut kehendak dan tekanan Tun
Dr Mahathir Mohamad supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan
projek mega, Malaysia pasti akan bankrup.
Kenyataan itu dikeluarkan Abdullah dalam buku yang memaparkan
masa-masa beliau menjadi perdana menteri Malaysia bertajuk Awakening:
The Abdullah Badawi Years In Malaysia.
Ianya dijadualkan lebih awal namun terdapat kebimbangan Putrajaya
komen perdana menteri kelima itu akan menimbulkan perang mulut antara
Abdullah dan Dr Mahathir dan memecah belahkan Umno sebelum Pilihan Raya
Umum pada 5 Mei lalu.
Abdullah bagaimanapun dalam bukunya tidak mendedahkan rahsia negara
atau anekdot yang akan memalukan Dr Mahathir, sebaliknya hanya menyentuh
beberapa perkara ketika pentadbirannya.
Merujuk kepada beberapa serangan Dr Mahathir yang ditujukan
kepadanya, Abdullah berkata pernah beberapa individu bertanya kepadanya
kenapa beliau tidak memberikan penjelasan terhadap penasihat mudanya,
penglibatan anaknya dalam kancah perniagaan dan pengaruh menantunya
Khairy Jamaluddin.
"Mungkin lebih baik saya diamkan dalam membela atau menjelaskan isu. Apa kebaikannya untuk kerajaan dan parti?" soalnya.
Selepas beberapa kritikan daripada Mahathir, ia menjelaskan suatu
perkara, Dr Mahathir hanya mahu pendapatnya didengari dan tidak
mendengar pendapat orang lain.
Bagi contoh, Abdullah menjelaskan beliau berjumpa Dr Mahathir untuk
menjelaskan penangguhan beberapa projek mega disebabkan bajet defisit.
"Beliau bagaimanapun menolak cadangan tersebut, kerana kerajaan
jelasnya perlu terus berbelanja. Tapi bagaimana kita nak teruskan
apabila defisit kita sangat kritikal? Ia akan menjadi tidak
bertanggungjawab jika saya terus berbelanja.
"Jadi kami tiada pilihan untuk mengurangkan defisit dengan
menangguhkan beberapa projek mega seperti landasan berkembar dan ia
menjadikan Dr Mahathir mengamuk. saya melihatnya beliau merasakan itu
adalah projek angkatnya.
"Boleh bayangkan jika saya teruskan tekanan daripada Dr Mahathir
untuk terus berbelanja ketika defisit yang sangat tinggi, bagaimana
Malaysia mahu mengatasi krisis kewangan dan minyak pada 2008?
"Defisit kami berjaya turunkan pada kadar 3.2 peratus dan kepada 5
peratus. Jika kita terus berbelanja, saya boleh bayangkan kita sudah
bankrup."
Dalam bukunya, yang disunting oleh Bridget Welsh dan James Chin,
Abdullah turut berkata ketika beliau meninggalkan pejabat pada 2009,
beliau bertekas untuk tidak jadi seperti Dr Mahathir. Beliau mahu Datuk
Seri Najib Razak menjadi perdana menteri sendiri.
"Sebab itu saya kekal berdiam diri selama ini. Saya percaya bila kita
sudah bersara, kita akan bersara. Tidak lagi perlu kita campurtangan.
Jika ada yang tidak puas hati, kita luahkan secara tertutup. Kenapa
perlu hebahkan kepada media?
Abdullah menerima mandat terbesar pada 2004 namun turut membuatkan
Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga Parlimen pada 2008.
Beliau bagaimanapun dalam bukunya menerima perkara itu dan tidak
memenuhi jangkaan pengundi, namun berkata Dr Mahathir juga tidak boleh
melepaskan diri daripada insiden 2008.
"Ketika kita perolehi keputusan baik pada 2004, beliau berkata mandat
yang besar tidak bagus untuk negara. Kita dapat keputusan teruk pada
2008 beliau menyalahkan saya. Malah sampai sekarang beliau melakukannya
... Mahathir tidak boleh menafikan beliau menyebabkan perpecahan dalam
sokongan BN pada 2008 melalui kritikan dan serangannya.
"Ia termasuk majoriti anggota Kabinet sebagai 'kerajaan half-past
six’ dan menuduh kami dengan rasuah dan sebagainya," kata Abdullah.
- themalaysianinsider.com
Wednesday, August 7, 2013
Pak Lah: Malaysia akan bankrup jika saya dengar kata Dr Mahathir
10:56 PM
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment