Bayangkan seorang kakitangan awam diisytiharkan muflis setiap jam
bekerja setiap hari. Mereka sepatutnya tidak patut jadi begitu –
begitu juga anda.
Ia sebenarnya apa yang berlaku dua tahun lalu, pada 2011. Pada tahun
itu, kira-kira 3,000 kakitangan awam muflis, seperti didedahkan oleh
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada The Malaysian Insider.
Jumlah itu hanya suku peratus daripada keseluruhan 1.2 juta kakitangan awam dan pegawai di Malaysia.
Tetapi, sebenarnya angka muflis yang rasmi tidak memberi gambaran
sebenar. Sebenarnya, ia membabitkan kohot yang lebih luas dan terdesak,
berusaha keras untuk bertahan, seperti dilaporkan oleh The Malaysian
Insider sebelum ini di link
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/living-on-the-outskirts-of-their-income-the-malaysian-civil-servant>
Mengapa mereka perlu bersusah payah mengimbangi pendapatan isi rumah?
Ramai yang tinggal di kawasan perumahan yang di luar kemampuan pendapatan mereka untuk berlagak dengan keluarga dan jiran.
Malah, lintah darat atau Ah Long juga mendedahkan bahawa kebanyakan
kakitangan awam tidak meminjam duit untuk aktiviti seperti berjudi.
Tetapi, mereka pinjam duit untuk membeli perabot, ubah suai rumah, beli
kereta baru atau menguruskan permintaan keluarga pada musim perayaan,
contohnya sambutan Hari Raya minggu depan.
Sesekali, mereka pinjam kerana menjadi mangsa kenaifan apabila rakan
atau keluarga mengambil kesempatan menjadikan mereka penjamin bagi
pinjaman kemudian gagal membayarnya menyebabkan mereka terpaksa
membayarkan pinjaman itu selepas disaman.
“Ramai yang tidak berfikir dua kali mengenai permintaan rakan atau
saudara yang meminta supaya mereka jadi penjamin. Tetapi, masalah akan
timbul apabila peminjam lari dan akhirnya mereka terbeban dengan
hutang,” kata Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman.
Tambahnya:”Kita selalu mengingatkan ahli supaya menyimpan wang dan
berbelanja mengikut kemampuan. Meminjam memang tidak digalakkan kerana
lambat laut, kita perlu membayarnya.”
Keadaan lebih memeritkan apabila Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru
ini melaksanakan peraturan baru iaitu tempoh bayaran semula pinjaman
peribadi tidak boleh lebih 10 tahun, berbanding 25 tahun sebelum ini.
Pastinya peraturan itu berniat baik, tetapi ia menyukarkan kakitangan
awam yang tidak boleh menguruskan kewangan mereka.
Presiden Persatuan Pemberi Pinjaman Wang Berlesen Malaysia, R C
Veeraseelan, berkata kepada The Malaysian Insider, di bawah peraturan
baru BNM itu, lebih ramai yang akan meminjam daripada pemberi pinjaman
wang kerana tidak mampu menepati syarat ketat bank.
Persatuan itu mempunyai 2,500 ahli yang terdiri daripada pemberi
pinjaman wang berlesen yang beroperasi dalam pasaran bernilai kira-kira
RM4 bilion.
Omar berkata, perintah baru BNM itu akan menyusahkan kakitangan awam
terutama mereka yang bergaji kecil dan Cuepacs menggesa kerajaan untuk
memikirkan semula tempoh bayaran balik yang dikurangkan itu.
“Bayangkan kesukaran kakitangan awam yang berpendapatan kurang
RM3,000 sebulan yang mengambil pinjaman peribadi dengan tempoh bayaran
balik singkat, ia tentu akan meningkatkan komitmen kewangannya.
“Mereka pula mungkin tidak layan meminjam dari system perbankan
konvensional dan ini akan menyebabkan mereka pinjam daripada pemberi
pinjaman wang atau lebih teruk, lintah darat.
“Cuepacs tidak boleh membantu ahli yang kesempitan wang kerana kita
adalah kesatuan, bukan koperasi. Kita selalu menggalakkan ahli untuk
menyertai koperasi,” katanya.
Menyertai koperasi membantu ahli membuat sedikit simpanan setiap bulan dan pada masa sama, koperasi menyediakan pinjaman juga.
Sejauh mana pemberian kerajaan seperti BR1M dapat membantu
menguruskan bajet keluarga? Penganalisa berkata, pemberian seperti
BR1M sebenarnya lebih berbentuk bonus.
“Ia datang dan pergi serta-merta bagi kebanyakan kakitangan awam
Friday, August 2, 2013
Muflis: Keadaan kewangan kakitangan awam dalam bahaya
10:06 PM
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment