HARI Raya Aidilfitri kali ini adalah antara saat yang paling
sesuai bagi pasangan pelakon utama filem Lemak Kampung Santan, Neelofa
dan Hans Isaac mengeratkan lagi hubungan baik di antara mereka.
Neelofa tidak menafikan menggunakan peluang beraya di Hari Lebaran
baru-baru ini bagi saling kenal mengenali antara keluarganya dan pelakon
kacak tersebut.
Malah, pelakon jelita itu secara jujur berkata, Hans turut pernah
mengunjungi sanak keluarganya di Kelantan sewaktu perayaan perayaan yang
disambut umat Islam setahun sekali itu.
"Sewaktu Hari Raya Aidilfitri dua tahun lepas, Hans pernah datang
beraya di rumah keluarga saya di Pasir Mas dan Kota Bahru, Kelantan yang
mana itulah kali pertama kami beraya bersama.
"Saya mengenali Hans dua tahun lebih yang mana ketika itu kami belum
dipertemukan berlakon bersama-sama dalam Lemak Kampung Santan yang
menjalani penggambarannya selepas itu.
"Sebab itu, tidak timbul isu mengatakan kami baru kenal secara lebih
rapat hanya selepas berlakon dalam filem ini semata-mata," katanya
kepada Hits sewaktu sesi fotografi di Studio Utusan, Kuala Lumpur
baru-baru ini.
Gosip hubungan cinta antara pasangan itu timbul bukan baru,
sebaliknya ia mula bertiup kencang terutama sewaktu penggambaran Lemak
Kampung Santan dijalankan dua tahun lalu.
Meskipun enggan mengulas lanjut gosip hubungan intim itu, Neelofa
berkata dia berasa serasi dan teruja sewaktu menjalani penggambaran
filem ketiga arahan Hans tersebut.
Antara adegan-adegan romantis antaranya dan Hans yang banyak
memerlukan penghayatan serta komitmen yang jitu, apatah lagi lokasi
penggambarannya pula diadakan di tempat yang mencabar.
"Salah satu adegan yang mencabar antara saya dengan Hans adalah dalam
adegan romantik yang diadakan di tingkat 80 bangunan berkembar KLCC
pada sekitar November 2011.
"Tempat itu boleh dikatakan eksklusif kerana tidak ramai orang yang
dibenarkan berada di situ melainkan atas sebab-sebab tertentu yang mana
banyak cabarannya sewaktu di sana.
"Misalnya soal tiupan angin dan cuaca yang tidak menentu di kawasan
yang tinggi seperti itu sehingga memaksa kami semua memakai tali
pinggang demi menjaga keselamatan.
"Saya rasa adegan itu adalah yang paling romantik sekali dalam filem
itu," ujarnya yang teruja menceritakan tentang filem yang ditayangkan
mulai 8 Ogos lalu di pawagam seluruh negara.
Jelas Neelofa pengalaman berlakon dengan Hans bukan sahaja baru
baginya, malah dia turut senang bekerja bersama-samanya yang juga
merupakan penerbit serta pengarah filem tersebut.
Walaupun telah mengenali Hans sebelum terbabit dalam Lemak Kampung
Santan, dia seperti juga pelakon lain terpaksa melalui sesi ujibakat
sebelum berlakon dalam filem itu.
"Saya melakonkan watak Tiqa dan Hans pula watak Ridzuan yang mana
watak saya meliputi hampir 70 peratus dalam filem ini. Saya seronok
berlakon dan bekerja dengan Hans.
"Ini kerana, dia seorang yang matang dan amat mementingkan kualiti
dalam hasil kerjanya. Hans juga amat mementingkan keselesaan para
pelakon dalam filem ini semasa penggambarannya.
"Biarpun sudah mengenalinya tetapi saya juga telah melalui sesi
ujibakat sebelum diterima berlakon dalam filem ini. Mungkin watak
pasangan kekasih itu sesuai untuk kami," jelasnya.
Sempena sambutan hari raya ini, seperti biasa Neelofa telah beraya di
rumah sanak keluarganya di Alor Setar, Kedah selama kira-kira tiga hari
sebelum pulang ke Pasir Mas, Kelantan.
- utusan.com.my
Tuesday, August 13, 2013
Hans, Neelofa rasai debaran sebagai kekasih
8:08 PM
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment