"Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus
bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal
dari Singapura).
"Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat
dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR
dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat.
Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun hanya dengan
membasuhnya.
SPR yang didesak mendedahkan pembekal dakwat itu berkeras enggan berbuat demikian atas alasa "isu keselamatan".
Rafizi berkata, Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat
banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated
Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan
raya 5 Mei lalu.
"Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan bernama Mohd Salleh
termasuklah satu syarikat bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn
Bhd.
"Daripada syarikat ini, ada dua lagi syarikat yang masuk menerusi
rundingan terus yang dikawal oleh Md Salleh menggunakan nama kerani
syarikatnya, Norsiah Yusof.
"Beliau adalah ahli pengarah dalam syarikat yang dikawal Mohd
Salleh," katanya ketika perbahasan perbekalan tambahan Kementerian
Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.
Rafizi mencabar kerajaan untuk memberi penjelasan dan tidak hanya
berdiam diri kerana perkara itu boleh mendorong kepada tanggapan buruk
terhadap pengendali pilihan raya.
Beliau juga meminta menteri berkaitan mengesahkan pendedahannya mengenai pembekal dakwat kekal itu pada sesi penggulungan.
"Sebab itu dulu saya minta SPR dedahkan sebelum kita yang dedahkan.
Ini kerana ia akan datangkan pelbagai persepsi tidak baik. Bukankah
lebih baik beritahu awal-awal," katanya.
Semalam, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan saman ke atas Pengerusi
SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan
Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta
kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan
Kassim bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal
dakwat kekal.
- TMI
Tuesday, July 16, 2013
Rafizi dedah pembekal dakwat kekal ‘rakan rapat’ SPR
10:00 PM
No comments
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal
dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu "rakan
rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa
kontrak berkenaandiberikan secara rundingan terus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment