Tindakan pantas tiga anggota polis peronda melakukan pemeriksaan
berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun daripada
menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki di Bukit Kebuk, dekat sini,
semalam.
Bagaimanapun malang buat rakan mangsa, juga berusia 14 tahun apabila
dirogol bergilir-gilir lapan lelaki terbabit di atas susunan tiang
elektrik di kawasan semak berkenaan.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiga anggota polis yang sedang
melakukan rutin rondaan mendapati sebuah kenderaan diletakkan berdekatan
semak dalam keadaan mencurigakan.
Ketika memasuki jalan tidak bertar kurang 300 meter dari jalan utama
untuk melakukan pemeriksaan, beberapa lelaki cuba melarikan diri dengan
motosikal masing-masing sebaik menyedari kehadiran kenderaan polis.
Seorang daripada mangsa ditemui terbaring tanpa pakaian di atas
susunan tiang elektrik, manakala rakan mangsa dikurung dalam kereta
salah seorang lelaki terbabit.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang tinggal di sebuah tanah rancangan
Felda dalam daerah ini keluar dari rumah masing-masing seawal jam 1 pagi
tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
Kedua mangsa dikatakan mahu ke rumah teman lelaki salah seorang
daripada mereka di Temerloh, namun tidak mempunyai kenderaan sebelum
menghubungi seorang rakan lelaki (suspek) untuk meminta pertolongan.
Selepas diambil dengan menaiki sebuah kenderaan, lelaki yang membantu
mereka itu berhenti di sebuah stesen minyak berdekatan lokasi kejadian
untuk berjumpa dengan rakan suspek lain.
Mangsa kemudiannya dibawa ke lokasi kejadian sebelum salah seorang
daripada mereka dirogol bergilir-gilir dipercayai membabitkan lapan
lelaki tidak dikenali.
Sementara itu, Ketua polis Daerah Maran, Pemangku Deputi
Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, pemeriksaan kesihatan
mengesahkan salah seorang daripada remaja malang itu dirogol
bergilir-gilir.
Menurutnya, tiga suspek berusia 16 hingga 19 tahun berjaya ditahan
untuk membantu siasatan manakala rakan mereka yang lain sedang diburu
pihak polis.
- SH
Tuesday, July 23, 2013
Budak 14 tahun dirogol 8 lelaki
8:28 PM
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment