Tuesday, June 25, 2013

PELANGI CINTA BUAT SUAMI - ACIK LANA

~ENTRI MELEKAT~







Lagi satu karya Acik Lana telah lulu baca dan miliki. Sebelum ini 'Kalau Memang Harus Begitu ' dan novel yang satu ini juga tidak mengecewakan. Untuk info, Acik Lana sudah menghasilkan beberapa novel dan ini adalah novel terbarunya.



Kerana terambil sebuah diari milik Tengku Qalif secara tak sengaja, Imanina terpesona dengan perwatakan sebenar lelaki itu yang sangat berbeza ketika berdepan dengannya. Tengku Qalif adalah seorang lelaki yang jelas kehilangan semangat untuk hidup akibat kehilangan wanita yang paling dicintainya. Mula berputus asa dengan keadaan anaknya, mama Qalif mengadu dengan Umi Imanina, dan Umi Imanina cadangkan agar Qalif dikahwinkan saja, untuk mengubati kekosongan dan rasa kehilangan yang dideritainya. Dan Imanina sanggup mengisi kekosongan itu. Keputusan itu membangkitkan amarah dari Tengku Qalif. Baginya arwah Liyana merupakan satu-satunya wanita yang dicintai. Tak mungkin akan beralih kepada orang lain.



Akibat terlalu marah, dan lagi apabila Imanina mencabarnya, Tengku Qalif akur menjadi suami Imanina. Bermulalah kehidupan sebagai suami isteri yang sangat perit bagi mereka berdua. Dalam sabar dan demi cintanya buat suami, Imanina tabah menghadapi layanan buruk dan dingin dari Tengku Qalif. Kehadiran beberapa orang lelaki yang tertarik kepada Imanina, dan beberapa kejadian yang tidak disangka, menjadikan Tengku Qalif mula menyayangi Imanina. Qalif yang dingin, mula menjadi mesra dan romantik.



Namun pada suatu ketika, apa yang pernah menimpa Tengku Qalif, benar-benar terjadi kepada Imanina. Dia kehilangan suami yang sangat dicintainya ketika dia baru saja mengetahui dia hamil. Dan keadaan itu menjadikan Imanina persis keadaan Tengku Qalif suatu ketika dulu. Namun cintanya tetap utuh buat lelaki itu......








Tajuk : Pelangi cinta buat suami

Penulis : Acik Lana

Halaman : 823 muka surat

Harga : RM30/RM33










P/S - Fully recommended by Lulu Caldina







"SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PENULIS, ACIK LANA DAN SUAMI, YANG BARU SAJA MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN MEREKA"













.







Sumbiling Man disalin daripada Sumbiling Man RSS Feed Syndication

0 comments:

Post a Comment